Nama
beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin Ubaidullah bin
Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman As Seggaf bin
Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin Sayyidina Al Faqih Al
Muqaddam Muhammad bin Ali bin Al Imam Muhammad Shahib Mirbath bin Ali bin Alwi
bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam Al Muhajir Ahmad bin Isa bin
Muhammad An Naqib bin Al Imam Ali al Uraidhi bin Jaafar Ash Shadiq bin Al Imam
Muhammad Al Baqir bin Al Imam Ali Zainal Abidin bin Al Imam Husein Sibthi bin Al
Imam Ali bin Abi Thalib dan bin Al Batul Fatimah Az Zahra binti Rasullullah
SAW
Asal dinamakan ‘Al
Attas’
Kata
al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad: “Beliau dinamakan al-Attas yang bermaksud
bersin, kerana beliau pernah bersin ketika masih berada di dalam perut ibunya”.
Kata al- Habib Ali bin Hassan al-Attas: “Sebenarnya apa yang diucapkan oleh
Syeikh al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad adalah benar, hanya saja menurut
khabar yang paling benar dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih
berada di perut ibunya adalah Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas, sehingga berita itu hanya dikenal pada diri beliau dan
anak beliau dan anak cucu Aqil dan Abdullah, saudara beliau. Sedangkan anak
cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang lain dikenal dengan nama keluarga Aqil bin
Salim”.
Berkata
al-Habib Ali bin Hassan: “Tidak henti-hentinya didengar dari mereka suara
bersin di perut-perut sebahagian ibu waktu demi waktu, sebagaimana yang
diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita solehah. Syeikha binti Sahal bin
Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq, katanya: “Pada suatu hari sewaktu
aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin Habib Muhammad Basurah Ba’alawi, waktu
itu aku sedang mengandung puteramu yang bernama al Hasan yang pertama, aku
terdengar ia bersin ketika ia masih di dalam perutku, aku dan Sharifah Fatimah
mendengar suara bersin itu dengan jelas, dan ia dilahirkan pada waktu 1147 H,
tetapi ia wafat waktu masih kecil”.
Al Habib
Ali bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya Ta’jul A’raas juz
pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar suara bersin ddari anak
yang masih di dalam perut ibunya, tentunya kejadian itu termasuk kejadian
karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu Sunnah, sebagaimana yang disebutkan di
dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid mereka beserta dalil-dalilnya yang terkenal
yang bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.
Imam
Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus Shalihin di dalam bab
al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah hadith yang memberitakan kisah
seorang rahib yaang bernama Juraij, yang kerananya Allah menakdirkan seorang
bayi bercakap-cakap untuk memberikan kesaksian tentang diri Juraij, tentunya
bersin ketika seorang bayi masih di dalam kandungan ibunya tidak berbeza jauh
dengan seorang bayi yang bisa bercakap-cakap setelah ia lahir,
kejadian-kejadian semacam ini tidak sulit bagi Allah sebab Allah Maha Kuasa
untuk mentakdirkan apa saja yang Dia kehendaki.
Al
Imam Al Khalifah Al Habib Hasan bin Muhammad bin Salim bin Ahmad bin Hasan Al
Attas (Imam Masjid Ba Alawi Singapura) mengatakan dalam Kitab Syarah Ratib Al
Attas bahwasannya yang pertama kali diberi gelar Habib adalah Al Imam Shahibur
Ratib Umar bin Abdurrahman bin Aqil Al Attas.
Kelahiran dan tempat
diasuhnya
Beliau
dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bahagian bawah negeri
Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 992H. Sejak kecilnya
beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri, al-Habib Abdul Rahman bin
Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil, tetapi Allah memberinya kecerdasan
otak dan pandangan hati ( Bashirah ), sehingga beliau mudah menghafal apa saja
yang pernah didengarnya.
Ayah
beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada Syeikh Abdurrahman
bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan panggilan al-Mu’allim:
“Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian kepada Umar, kerana kedua
matanya tidak dapat melihat”. Jawab Syeikh Abdurrahman: “Meskipun kedua mata
Umar tidak dapat melihat, tetapi pandangan Bashirahnya dapat melihat,
disebabkan hatinya bersinar”.
Sejak
kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud berpaling dari dunia dan
sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda kebesaran pada diri beliau. Sejak kecil,
beliau sering ke kota Tarim dari dusunnya Lisk dan melakukan sholat dua rakaat
di setiap masjid yang ada di kota Tarim, bahkan kadang menimba air dari sumur
untuk mengisi kolam-kolam masjid.
Di masa
kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau dan guru-guru beliau,
misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid, al-Habib Muhdhor, putra-putra
Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang sering dikunjungi oleh ayah beliau,
iaitu al-Habib Abdul Rahman bin Aqil.
Ayahanda Habib Umar
al-Attas
Al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah, seorang ulama yang taat
menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para wali terkemuka, beliau pernah
menerima ilmu dan wilayah dari pamannya, iaitu Syeikh abu Bakar bin Salim,
pamannya yang satu ini amat cinta kepada Sayyid Abdul Rahman dan kepada ayah
beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib Aqil adalah saudara sekandung dengan
Syeikh abu Bakar bin Salim, yang mana Syeikh Abu Bakar bin Salim ada menyebut
tentang saudaranya yang satu ini:
“Apa yang ada di Wali Masyhur
( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali Mastur ( iaitu saudaranyaa
yang bernama Aqil )”
Al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci dan hati yang bersih,
beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi Kaser, penduduk kawasan-kawasan
itu senantiasa menghormatinya, mengagungkannya dan memohon barakah beliau.
Beliau mempunyai pelbagai karomah, di antaranya adalah pada suatu hari beliau
berkunjung di suatu desa yang ada di Wadi Amed. Ketika itu hujan turun lebat
sehingga beliau berkata kepada untanya: “Pergilah engkau dan carilah sebuah
tempat berteduh dan akupun akan berbuat yang sama dan besok kita bertemu di
desa Qaran bin Adwan”. Keesokan harinya ketika beliau tiba di desa Qaran, maka
beliiau tidak mendapati untanya, sehingga beliau bertanya kepada pembantunya:
“Ke manakah perginya unta?” Tetapi sang pembantu tidak dapat menemukannya. Pada
keesokan paginya, unta itu datang lengkap dengan barang-barangnya.
Ketika
al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka al-habib Umar menyuruh
pembantunya untuk membantu pencari tanah yang cocok untuk dijadikan sebagai
kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu mendapatkan sebidang tanah yang
ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya, akhirnya al-Habib Abdul Rahman
dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika al-Habib Umar berziaraah ke makam
ayahnya, maka beliau bercakap-cakap dengan ayah beliau dari balik kubur.
Al-Habib
Abdul Rahman bin Aqil bernikah dengan dua orang wanita, iaitu Syarifah Muznah
binti Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri. Syarifah ini adalah bondaa bagi
al-Habib Umar dan saudara-saudara sekandungnya, iaitu al-Habib Abdullah dan
al-Hababah Alawiyah. Selanjutnya beliau bernikah dengan seorang wanita ddarri
Yemen dari keluarga al-Bathouq salah satu dari kabilah Bani Ahmad iaitu
Arobiyah binti Yamani Bathouq. Isteri beliau yang kedua ini melahirkan beberapa
orang anak di antaranya Aqil, Sholeh, Musyayakh dan Maryam.
Pada
umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi beliau sering berkunjung ke Ainat,
Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do’an. Akhirnya beliau ditakdirkan ppindah di Huraidzah
beberapa saat sebelum beliau wafat iaitu bertepatan ketika al-Habib Umar telah
mendapat petunjuk dari kedua guru beliau iaitu al-Habib Hussein adn al-Habib
Hamid putra Syeikh Abu Bakar bin Salim untuk pindah ke Huraidzah. Di desa
Huraidzah inilah beliau wafat.
Bonda Habib Umar
al-Attas
Bonda
beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri. Bonda beliau
termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra Syarifah Muznah meninggal
dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad. Setelah beberapa hari dari saat
kematiannya, maka ada seekor burung kecil berwarna hijau yang sering datang
mengunjungi Syarifah Muznah ini, sampai beliau berkata. “Jika engkau adalah ruh
putraku yang telah wafat, amak ddatanglah ke tanganku”. Setelah Syarifah Muznah
menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu hinggap ke tangannya dan
menciumnya, kemudian beliau melepaskannya kembali, sehingga burung itu terbang
dari tangan beliau.
Saudara Habib Umar
al-Attas
Beliau
mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan. Adapun yang sekandung
dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah, sedangkan Sholeh, Aqil, Musyayakh
dan Maryam saudara dari ayah, ibu mereka seorang wanita Yemen dari keluarga
Bathouq dari kabilah Bani Ahmad.
Adapun
saudara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman termasuk seorang tokoh
wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai latihan riadah dan mujahadah.
Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi’ tempat Bani Yafi’, setelah mendapat izin
dari gurunya yang bernama al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim dengan
disertai oleh pembantunya yang bernama Ali bin Ahmad Harharah Al Yafi’i.
Beliau
menetap di desa Ma’zubah, sempat menikah di desa itu dan mempunyai anak cucu. Makam
beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak diziarahi orang dari berbagai tempat
yaang jauh. Mereka diberi berbagai karomah yang tidak sedikit jumlahnya,
menurut al-Habib Ali bin Hassan al-Attas, anak cucu beliau, ada seratus orang
lebih yang sempat dihitung di waktu Habib Ali masih hidup.
Saudara
Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal sebagai seorang ulama yang selalu
mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini pernah berguru dari Syeikh Muhammad biin
Umar al-Afif di desa al-Hajrain, hingga banyak orang yang menimba ilmu dari
beliau setelah beliau kembali ke Huraidzah. Setiap harinya al-Habib Umar
menyempatkan diri untuk menghadiri Majlis Ta’lim al-Habib Aqil setiap kali
setelah beliau kembali dari makam ayahnya.
Al-Habib
Aqil wafat di kala Habib Umar masih hidup. Beliau meninggalkan beberapa putra
dan putri. Setelah ayahnya wafat, maka Habib Umar mengasuh mereka dengan
sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra Habib Aqil dewasa, maka al-Habib Umar
mengawinkan dengan putri-putri beliau.
Adapun
Musyayakh termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di masa hidup al-Habib
Umar, beliau meninggalkan seorang putri. Adapun Sholeh, ia mempunyai seorang
putra bernama Hussein. Adapun saudaranya iaitu Maryam, telah menikah dengan
Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa, dan mempunyai beberapa oraang putra.
Pindahnya al-Habib
Umar ke kota Huraidhah
Al-Habib
Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: “Wahai keluarga Ba’alwi
Huraidzah?” Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak seorang pun dari keluarga
Ba’alwi yang ada di desa itu, maka ia berkata: “Kelak di desa itu akan
didatangi keluarga Ba’alwi, wajah-wajah mereka bagaikan bulan, dan akan
memberikan manfaat kepada orang banyak.”
Ketika al-Habib Umar mencapai
usia akil baligh, maka guru beliau yang bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu
Bakar bin Salim menyuruh beliau untuk berdakwah ke desa al-Huraidzah. Demikian
pula guru beliau yang bernama al-Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh
beliau untuk segera berdakwah di desa al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah
dari kedua guru beliau, al-Habib Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib
Ali bin Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul A’raas juz 2 halaman
111 bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang pergi ke Huraidzah.
Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.
Ketika
al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau diminta oleh
Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di rumahnya, dia sangat menghormati
beliau dan mengatakan: “Ini rumah-rumahmu” Sehingga Syeikh Najjaad mendapat
barakah yang luar biasa dari beliau.
Di desa
itu ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar untuk memberikan
hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar, kemudian al-Habib Umar
meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya itu.
Selanjutnya,
sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah, maka beliau kembali ke desa
Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya ddan saudara-saudaranya untuk pindah
ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan al-Habib Umar untuk pindah ke desa Huraidzah
ditolak ayah beliau, tetapi setelah keduanya minta pendapat dari al-Habib Hamid
dan al-Habib Hussein, maka kedua guru beliau menyuruh al-Habib Abdul Rahman
untuk mengikuti minat al-Habib Umar. Keduanya mengatakan: “Wahai Abdul Rahman,
pergilah bersama Umar, dan ikuti serta pegangi pendapatnya, sekalipun kau
adalah ayahnya dan diia anakmu”. Sehingga al-Habib Abdul Rahman berkata kepada
putranya: “Wahai Umar, kalau sekarang kami mau mengikuti pendapatmu , maka
lakukanlah apa saja yang terbaik bagi kami”. Selanjutnya seluruh keluarga
al-Habib Umar segera meninggalkan Lisk menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika
rombongan itu tiba di desa Manwab, maka al-Habib Umarr berkata: “Hendaknya
kalian melanjutkan perjalanan sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu
di tempat isteriku yang ada di desa ini”. Maka rombongan itu meneruskan
perjalanannya ke desa al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan
menetap di desa Manwab selama satu minggu.
Al-Habib
Abdul Rahman, ayah al-Habib Umar mulai merasa sakit setibanya beliau di desa
Huraidzah, dan kerana sakit setibanya beliau, maka beliau takut kalau ajalnya
tiba, sedangkan Habib Umar tidak ada di sisi beliau, kerana itu ketika al-Habib
Umar tiba, maka beliau menegur al-Habib Umar, tetapi al-Habib Umar mengajukan
alasannya dan mohon maaf sebesar-besarnya atas keterlambatannya itu, sehingga
ayahnya mau memaafkannya.
Dan
sakitnya yang menyebabkan ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul Rahman merasa takut
kalau al-Habib Umar tidak memperhatikan saudara-saudaranya yang masih kecil
dari ibu lain, sebab beliau tahu ibu tirinya al-Habib Umar tidak sayang padanya
sebagaimana umumnya kaum wanita. Di saat ayahnya risaukan hal itu, maka
al-Habib Umar yang mengetahuinya secara Khasaf, maka beliau mendekati ayahnya
dan beliau berkata: “Wahai ayahku, tenanglah jangan engkau fikirkan tentang
keluargamu, aku Insya-Allah akan menyayangi saudara-saudaraku lebih dari
menyayangi diriku sendiri”. Maka hati al-Habib Abdul Rahman menjadi gembira dan
beliau mendoakan kebajikan baggi Habib Umar, apalagi di saat itu, beliau sedang
menyaksikan alam akhirat, tentu doa seorang ayah yang sholeh bagi anaknya yang
sholeh pula, akan sama dengan doa seorang Nabi buat umatnya, apalagi al-Habib
Abdul Rahman waktu itu sedang sakit, Rasulullah pernah bersabda: “Jika kalian
mengunjungi orang yang sedang sakit, maka mintalah doa bagi kalian”. Al-Habib
Umar memenuhi janjinya kepada ayahnya dan beliau sangat memperhatikan kebutuhan
saudara-saudaranya, terutama dari segi pendidikan dan pemeliharaannya.
Wafatnya ayahanda al-Habib Umar
Wafatnya ayahanda al-Habib Umar
Beliau
wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah. Al-Habib Umar sibuk
mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau, kemudian beliau menyuruh
pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur bagi ayahnya. Ketika Mahmud
masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia dapatkan ada sebuah tanah yang
disinari seberkas cahaya langit, maka di tempat itulah al-Habib Abdul Rahman
dikuburkan.
Al-Habib
Umar rajin berziarah ke makam ayahnya, bahkan tidak seharipun beliau pernah
melupakannya. Pada suatu hari al-Habib Umar berkata: “Ketika aku tidak
berziarah ke makam ayahku selama beberapa hari, maka aku lihat ayahku dalam
mimpiku amat murka kepadaku kerana aku tidak menziarahi beliau selama beberapa
hari, aku lihat jasad beliau menjadi besar, sehingga aku sulit untuk berjabat
tangan dengan beliau dikeranakan tingginya jasad beliau”.
Hubungan erat antara al-Habib
Umar dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif
Dulu
sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka penduduknya sangat
berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh dari keluarga al-Afif.
Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif,
seorang wali dan sholeh yang terkemuka, untuk memohonkan air hujan bagi penduduk
desa Huraidzah. Kemudian mereka keluar menuju ke suatu kubur wali, kebetulan
pada saat itu al-Habib Umar masih baru di desa itu dan masih belum dikenal
orang, sehingga penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk berdoa
bersama dengan mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada Syeikh Abdullah
al-Afif tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai setelah mereka
melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat pembicaraan
sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata kepada mereka:
“Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang keberadaan al-Habib Umar,
mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan tidak akan turun”.
Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat itu, kemudian mendatangi
Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib Umar: “Wahai Syeikh Abdullah, desa
ini adalah desa kalian dan aku di desa ini hanya orang asing yang baru datang”.
Kata Syeikh Abdullah: “Bukan demikian wahai tuanku, bahkan desa ini adalah
milikmu dan aku tidak mempunyai hak apapun setelah tuan ada di sini”.
Al-Habib
Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: “Memang, al-Habib Umar mempunyai hubungan
yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif. Dan Syeikh Abdullah pernah
berkata kepada beliau: “Memang, Huraidzah adalah desa kami, akan tetapi kami
serahkan kepada kamu”. Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah pernah minta pakaian
(Libas) dari al-Habib Umar, maka kata beliau: “Besarnya rasa cintamu, hal itu
sudah cukup”.
Dalam juz
kedua di dalam buku Taajul A’raas disebutkan, bahwa al-Habib Ahmad binl Hassan
al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif:
“Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah al-Afif mempunyai sebuah kebun kurma,
ketika al-Habib Umar tiba di desa itu, maka Syeikh Abdullah bernazar untuk memberikan
kebun kurma itu kepada al-Habib Umar. Ketika hal itu diutarakan kepada al-Habib
Umar, maka beliau berkata kepada penduduk Huraidzah: “Wahai penduduk,
bagaimanakah pendapat kalian tentang nazar Syeikh Abdullah?” Jawab penduduk
Huraidzah: “Menurut kami, nazar Syeikh Abdullah adalah benar”. Jawab Habib
Umar: “Kalau begitu, tanah ini aku terima tetapi aku hadiahkan kembali bagi
kalian semua sebagai nazar dari aku, maka terimalah tanah itu dari aku”. Ada
seorang di antara mereka yang berkata kepada beliau: “Mengapakah engkau tidak
memberikannya kepada keluargamu?” Kata al-Habib Umar: “Kelak anak cucuku akan
memiliki desa ini semuanya”.
Guru-guru al-Habib
Umar al-Attas
Beliau
berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari Sayyidina Syeikh Abu Bakar
bin Salim, terutama dari putra-putranya, iaitu al-Habib Muhdhor bin Syeikh Abu
Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar dan al-Habib Hamid bin Syeikh Abu
Bakar.
Al-Habib
Umar juga pernah berguru dari Habib Muhammad bin Abdurrahman al-Hadi, dari Sayyid
Umar bin Isa Barakwah as-Samarkandi al-Maghribi yang dimakamkan di desa
al-Ghurfah. Demikian pula al-Habib Umar sering mengunjungi Syeikh al-Kabir
Ahmad bin Shahal bin Ishaq al-Hainani. Selain itu, beliau sangat erat
hubungannya dan selalu mengunjungi Habib Abu Bakar bin Abdurrahman bin Syihab
dan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif dan Syeikh Ahmad bin Abdul Kadir Ba’syin,
Shahib Rubath. Beliau pun sering mengunjungi Habib Abu Bakar bin Muhammad
Balfaqih, Shahib Qaidun. Selain itu, beliau gemar mengunjungi orang-orang soleh
dari Ahlul Bait maupun dari keluarga al-Masyaikh dan orang-orang yang soleh.
l-Habib
Umar sangat mengagungkan dan menghormati guru beliau yang bernama al-Habib
Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun, bila al-Habib Umar mendengar
nama gurunya yang satu ini disebut orang, maka wajah beliau berubah kerana
mengagungkan gurunya yang satu ini, bahkan adakalanya al-Habib Umar
bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar di tengah satu
majlis, sedangkan ucapan keduanya tidak dapat dimengertikan orang lain. Syeikh
Ali bin Abdillah Baraas berkata: “Al-Habib Umar berkata, pada suatu hari aku
mendatangi al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim dengan maksud untuk
mudzakarah tentang tariqah Tasawwuf, kebetulan ketika itu al-Habib Hussein
sedang berada di tengah anggota majlis ta’alimnya. Kemudian beliau berkata:
“Wahai Umar, seseorang yang tidak mengerti suati isyarat, maka ia tidak akan
dapat mengambil manfaat dari ibarat yang terang dan siapa yang menjelaskan
kata-kata yang sudah jelas dengan kata-kata yang lebih jelas, ada kalanya dapat
menambah pendengarannya makin bertambah bingung”. Selanjutnya al-Habib Umar
berkata: “Timbul rasa takut di hatiku bahwa tutur kata guruku setela kata-kata
itu sengaja ditujukan bagiku”.
Al-Habib
Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat menghormati al-Habib Umar, bahkan
beliau lebih mengunggulkan al-Habib Umar dari saudara-saudaranya dan
kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak pernah berdiri untuk menghormati orang,
seperti halnya untuk al-Habib Umar, hal itu tidak lain dikarenakan tingginya
kedudukan Habib Umar.
Pada suatu hari al-Habib Umar
bersama sekelompok para tokoh Alawiyin datang ke tempat al-Habib Hussein bin
Syeikh Abu Bakar bin Salim, pada waktu itu al-Habib Umar merupakan satu-satunya
orang yang paling merendahkan diri dan memakai pakaian ang paling sederhana,
ditambah lagi kedua matanya tidak dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein
melihat al-Habib Umar berada di paling belakang rombongan itu, maka al-Habib
Hussein berubah wajahnya, kemudian beliau berkata kepada orang-orang yang
terkemuka dari rombongan itu: “Sesungguhnya kalian hanya lebih mengutamakan
penampilan lahiriah, dan kalian tidak mau memuliakan orang yang paling mulia
menurut kedudukan yang sepantasnya, andakata kalian tahu kemuliaan lelaki ini,
iaitu al-Habib Umar, pasti kedudukan kalian tidak ada artinya, leher-leher
kalian akan menunuduk dan ruh serta jasad kalian akan rindu kepadanya”.
Kemudian beliau menyebutkan keutamaan-keutamaan al-Habib Umar yang menyebabkan
mereka berasa betapa kecilnya dirinya masing-masing”.
Silsilah isnad
al-Habib Umar dalam menerima hirqah
Al-Habib
Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin
Salim, sedangkan beliau menerimanya dari saudaranya iaitu Syeikh Umar
al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah beliau, iaitu Syeikh Abu Bakar bin
Salim, Shahib Ainat, beliau menerimanya dari Syeikh Syihabudin Ahmad bin
Abdurrahman, beliau menerimanya dari ayah beliau, Syeikh Abdurrahman bin Ali,
beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali bin Abu Bakar, beliau menerimanya
dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh
al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf, beliau menerimanya dari ayahnya, iaitu Syeikh
Muhammad Mauladawilah, beliau menerimanya dai ayahnya, Syeikh Ali bin Alawi,
beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Alwi bin Faqih al-Muqaddam, beliau
menerimanya dari ayahnya, al-Ustadzul A’dzam al-Faqih al-Muqaddam Sayyidina
Muhammad bin Ali Ba’alawi.
Adapun
sumber penisbatan al-Hirqah dan silsilah isnad bagi Syeikh al-Faqih al-Muqaddam
berasal dua jalur, salah satu dari jalur ayah-ayah beliau iaitu beliau dididik
dan menerimanya dari ayah beliau, Ali bin Muhammad dan dari paman beliau, Alawi
bin Muhammad, keduanya menerima dari ayahnya Muahmmad Syahib Mirbath, beliau
menerimanya dari ayahnya, Ali Khali’ Qasam, beliau menerimanya dari ayahnya,
Alawi Shahib Samal, beliau menerimanya dari ayahnya, Ubaidillah, beliau
menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad bin Isa, beliau menerimanya
dari ayahnya, Isa an-Naqib, beliau menerimanya dari ayahnya, Muhammad, beliau
menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi, beliau menerimanya dari ayahnya,
al-Imam Ja’far as-Shoddiq, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam Muhammad
al-Baqir, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Zainal Abidin, beliau
menerimanya dari ayahnya, al-Imam al-Hussein dan dari pamannya al-Imam
al-Hassan, keduanya menerima dari kakeknya Nabi Muhammad SAW, juga dari ayahnya
al-Imam Ali bin Abi Thalib sedangkan Nabi SAW menerimanya dari Allah seperti
yang beliau katakan:
“Aku dididik oleh Tuhanku dan
ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan”.
Adapun
jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam Thoriqoh
Syuai’biyah iaitu lewat Syeikh Syu’aib Abu Madyan al-Maghribi dengan
perantaraan Abdurrahman al-Muq’ad dan Abdullah as-Shaleh. Sedangkan Syeikh
Syu’aib Abu Madyan menerimanya dari Syeikh Abu Ya’izza al-Maghrabi, beliau
menerimanya dari Syeikh Abul Hasan bin Herzihim atau yang dikenal dengan nama
Abu Harazim, beliau menerimanya dari Syeikh Abu Bakar bin Muhammad bin Abdillah
binl Arabi dan al-Ghadi al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi menerimanya dari
Syeikh Imam Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya dari gurunya, iaitu
Imam al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-Juaini, beliau
menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin Yusuf, beliau
menerimanya dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya dari Syeikh
Syibli, beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau menerimanya dari
pamannya, iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya dari Syeikh Ma’ruf
al-Karkhi, beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh Daud at-Tho’i, beliau
menerimanya dari Syeikh Habib al-’Ajmi, beliau menerimanya dari Imam Hasan
al-Basri, beliau menerimanya dai Imam Ali bin Abi Thalib, beliau menerimanya
dari Rasulullah SAW, beliau menerimanya dari malaikat Jibril, dan beliau
menerimanya dari Allah Ta’ala.
Sanad penerimaan
kalimat talqin bagi al-Habib Umar
Al-Habib
Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadar Rasulullah SAW
dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin Isa Barakwah as-Samarqandi
al-Maghrabi.
yeikh Ahmad bin Abdul Qadir
Ba’syin Shahib Rubath berkata: “Syeikh Umar Barakwah menuturkan kepada kita
bahawa talqin dzikirnya cabangnya sampai kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani,
sedangkan Syeikh al-Qadir al-Jailani menerima talqin dzikir dari empat ratus
orang guru dan guru-guru beliau sanadnya bersambung sampai dengan Sayyidina Hussein
bin Ali bin Abi Thalib, semua ahli talqin dzikir bersambung dengan Rasulullah
SAW. Keadaannya sama dengan mata rantai yang terjalin erat antara yang satu
dengan yang lainnya, sehingga jika mata rantai yang ada paling bawah
digerakkan, maka mata rantai yang ada di paling ataspun akan bergerak, demikian
pula sebaliknya. Hal itu adalah disebabkan eratnya keterkaitan antara yang satu
dengan yang lainnya, sama halnya dengan keterkaitan nasab Ahlul Bait, satu sama
lainnya saling terkait erat. Segala puji bagi Allah yang menjadikan mereka suri
tauladan yang baik bagi kami dan keterkaitan kamipun dengan mereka masih
erat”.Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: “Ketika kami
berada di sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:
“Angkatlah
tangan-tangan kalian dan ucapkanlah “Lailaha Illallaah”. Setelah kami
melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau
mengutus aku untuk menyampaikan dan mengikrarkan kalimat Tauhid ini dan Engkau
akan memberi Syurga kepada seorang yang mengucapkannya dan Engkau tidak akan
memungkiri janji. Selanjutnya beliau bersabda: “Bergembiralah kalian sebab
Allah telah memberi ampun kepada kalian”.
Budi pekerti al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil, Quthub, Ghauts, seorang tokoh
sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi, Rabbani, Da’i, suka mengajak orang ke
jalan Allah dengan pandangan yang bersih dan budi pekerti yang luhur, beliau
himpun ilmu lahir dan batin. Beliau dikenal sebagai pelindung kaum fakir dan
kaum janda serta anak-anak yatim. Beliau senantiasa menyambut dan
menggembirakan orang-orang fakir, mereka dimuliakan dan didudukkan pada tempat
yang mulia, sehingga mereka sangat mencintai beliau. Beliau dikenal baik oleh
kalangan luas banyak sekali beristiqad dengan beliau, dan mempunyai kedudukan
yang sangat tinggi, beliau amat tawadhu’ dan merendahkan dirinya kerana merasa
diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh orang untuk bersabar, khususnya jika
cobaan dan bencana sedang menimpa. Beliau sangat bersabar untuk menjalankan
aktiviti ibadat.
Beliau
al-Habib Umar tidak pernah tidur pada bagian separuh terakhir di malam hari,
beliau pernah menghabiskan waktu malamnya untuk mengulang-ulang bacaan doa
Qunut.
Beliau
suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang tidak mampu. Beliau amat
sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau tidak pernah menyombongkan diri
kepada seorangpun, beliau mau duduk di tempat mana saja tanpa membezakan tempat
yang baik atau jelek dan beliau tidak pernah menempatkan dirinya di tempat yang
lebih tinggi atau tempat yang menonjol, kalau beliau meninggalkan majlisnya
kerana ada hajat, maka ketika beliau kembali ke tempat duduknya dan beliau
mendapati tempat duduknya telah diduduki orang lain, maka beliau akan mencari
tempat duduk lain. Beliau tidak pernah mendekati kaum penguasa.
Beliau
senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau yang terdahulu, para
tokoh Ba’alwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh Sayidina al-Faqih
al-Muqaddam Muhammad ibnu Ali Ba’alwi, Syeikh as-Seggaf, Alaidrus, Syeikh Abu
Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh lainnya. Thoriqah mereka lebih mengutamakan
menutup diri, tawadhu’, tidak menuruti hawa nafsu, lemah lembut, tidak ingin
dikenal apalagi menonjol diri, kerana mereka merasa bahawa diri mereka tidak
akan menjadi orang baik kecuali hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah.
Sifat ini tetap diikuti oleh anak cucu mereka, khususnya para wali yang
mempunyai kedudukan, ilmu dan gemar beramal kebajikan dan beribadah. Pokoknya
al-Habib Umar senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya yang sholeh, beliau
selalu mengikuti budi pekerti yang mulia seperti budi pekerti Nabi yang pernah
disebutkan Allah dalam satu firmannya:
“Dan sesungguhnya engkau di
atas budi pekerti yang agung”.
Jika
beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan sunnah, maka beliau
mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul Ibadat di dalam
kitab Ihya’. Demikian pula, jika beliau ingin mengikuti sunnah-sunnah dan
memperbaiki niat dan motivasi, maka beliau mengikuti apa yang diterangkan oleh
Imam Ghazali di dalam Rub’ul Adat di dalam kitab Ihya’. Adapun jika beliau
ingin menjauhi budi pekerti dan tindak tanduk yang tidak baik, maka beliau
mengikuti apa yang diiterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul Muhlikat di
dalam kitabnya Ihya’. Adapun jika beliau ingin mengikuti akhlak yang diredhai
oleh Allah, maka beliau akan mengikuti apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali
di dalam Rub’ul Munjiyat di dalam kitab Ihya’ dan mencari tambahan keterangan
lain dari buku-buku lain.
Beliau
senantiasa bergembira dan tersenyum kepada semua kalangan, baik terhadap
anak-anak kecil mahupun orang dewasa, sampai setiap orang merasa bahwa dirinya
sebagai kaum kerabat beliau. Beliau senantiasa menyambut dengan baik semua
orang menurut kebutuhannya masing-masing dan beliau bersabar meskipun
menghadapi banyak persoalan dari mereka, semua orang disayangi dan disantuni
oleh beliau, beliau suka berwasiat untuk menyenangkan anak-anak kecil, kata
beliau: “Kalau engkau tidak dapat menyenangkan anak kecil dengan memberi
sesuatu, maka berikan kepada mereka meskipun sebuah batu kerikil berwarna
merah, agar mereka bergembira.”.
Beliau
suka mengabulkan segala permintaan orang dan suka menanggung kesulitan orang
dengan harapan agar dapat menyenangkan keluarga orang yang ditolongnya itu.
Adakalanya beliau memaksa diri untuk mendatangi rumah-rumah mereka, sehingga
ada dari murid beliau yang mengatakan kepada beliau, bahawa beliau sudah udzur,
karena sudah lanjut usia dan hal itu cukup memberatkan tetapi beliau
menjawabnya: “Sesungguhnya kami mendatangi rumah-rumah mereka, untuk manfa’at
dan maslakhat mereka dan kami berharap dari Allah, agar setiap rumah yang kami
masuki Allah akan memberi ampun kepada penghuni rumah tersebut”.
Jika ada
dua orang datang ke majlis al-Habib Umar, maka beliau menanya kepada keduanya,
siapa di antaranya yang lebih tua, setelah diberitahukan kepada beliau, maka
beliau mempersilakan yang lebih tua duduk di sebelah kanan beliau sedang yang
lebih muda dipersilakan duduk di sebelah kiri beliau agar beliau dapat
menghormati munurut usianya masing-masing, selanjutnya keduanya disenangkan dan
digembirakan dengan kegembiraan yang luar biasa, kemudian beliau berbicara
dengan keduanya menurut kemampuan berfikir mereka masing-masing. Akhlak beliau
yang seperti itu menyebabkan semua orang terpesona kepada beliau dan budi
pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib
Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk mengajak penduduknya ke
jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang yang bersengketa di antara
mereka. Untuk kepentingan yang satu ini, beliau banyak mengorbankan hartanya
dan tenaganya. Dan sangat bersabar kepada mereka yang berwatak keras, beliau
hampir saja tidak pernah marah, kecuali larangan Allah diremehkan oleh
seseorang, jika hal itu terjadi, maka beliau amat marah, sampai dapat dilihat
dari wajah beliau.
Al-Habib Umar senantiasa
menganjurkan manusia untuk rajin mengerjakan amal-amal ibadah dan menghadiri
solat Jum’at dan Jama’ah, beliau selalu menganjurkan perbuatan baik dan
melarang perbuatan mungkar. Beliau tidak mau masuk ke dalam rumah yang
pemiliknya suka berbuat kemungkaran dan tidak mau menghadiri undangan mereka,
samapi mereka mau berubah kebiasaan mereka.
Al-Habib
Umar sering mengunjungi Wadi Dou’an, kebiasaan itu beliau lakukan sejak awal
dan beliau tidak pernah meninggalkan kebiasaan itu kecuali di akhir hayatnya.
Beliau pernah mengunjungi Wadi Dou’an berangkat dari al-Lisk dengan mengenderai
unta dan dengan disertai al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad Bajamal al-Asbuhi. Dalam
satu kunjungannya ke Wadi Dou’an beliau pernah mengunjungi Syeikh Ahmad ibnu
Ali ibnu Nu’man al-Hajrain di desa Hajrain, maka Syeikh Ahmad ikut bersama
beliau menuju Qaidun untuk berziarah ke makam Syeikh Sa’id ibnu Isa Alamudi.
Dikarenakan
banyaknya berpergian dan perjalanan yang ditempuh oleh al-Habib Umar al-Attas
untuk berdakwah dan untuk mendamaikan orang, maka beliau berkata: “Sesungguhnya
aku di dunia adalah seorang yang asing, maka tidak diwajibkan atasku melakukan
solat Jum’at di suatu desa pun. Beliau lebih suka mengenderai keledai di
sebagian besar waktunya dan di dalam perjalanannya di tengah hari yang amat
panas. Di setiap perjalanannya, beliau selalu membawa kitab ar-Risalah karya
Imam al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang lain memegang kitab Al
‘awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang semacamnya merupakan benteng bagi
para tokoh Sufi”.
Al-Habib
Umar selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala cabang ilmu
pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka menghabiskan waktu satu
malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar, sedangkan beliau masih menerangkan
berbagai macam hakikat ketuhanan (Hakaik) kepada murid-murid beliau. Pokoknya
tidak satu waktupun beliau lewatkan, kecuali beliau lewatkan dengan ibadah dan
menimba ilmu atau mendengar suatu bacaan. Biasanya jika ada sekelompok orang
duduk di malam hari bersama beliau, maka beliau melayani mereka, sampai ketika
mereka bubar, maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali, apakah
masih ada orang lain selain kita?”. Jika dijawab tidak, maka beliau berkata:
“Ambilkan kitab itu, untuk kita baca bersama”.
Al-Habib
Umar tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar suatu kitab tertentu.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: “Pada suatu hari, aku pergi bersama
ayahku, tanganku yang satu memegang tali kendali kenderaan beliau, sedangkan
tanganku yang satu memegang sebuah kitab, sedangkan beliau menyampaikan kepada
kita berbagai cabang ilmu lewat lisan beliau, hal itu bagaikan sebuah air yang
mengalir dengan derasnya. Ketika kami katakan kepada beliau: “Mengapa engkau
tidak izinkan kami membaca atau belajar sebuah kitab kepadamu?” Maka beliau
berkata: “Terimalah sesukamu ilmu yang sedang mengalir dari satu wadah,
meskipun tanpa sebuah kitab”. Beliau berkata kepada seorang guru: “Ajarkan
anak-anakku untuk membaca kitab karya tulis Syeikh Abu Amru”.
Al-Habib
Umar sangat peduli untuk mengajari saudara-saudaranya yang masih kecil yang
ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami terangkan bahawa al-Habib Umar
sangat peduli untuk mengajar dan mendidik saudara-saudaranya yang masih kecil,
terutama untuk memahami al-Quran. Beliau menganjurkan mereka untuk gemar
mencari ilmu dan menyuruh guru saudara-saudaranya untuk memukul mereka, jika
mereka tidak memperhatikan pelajarannya.
Bahkan
beliau sendiri pernah memukul saudaranya dengan tangannya sendiri, sampai ia
berhasil membaca al-Quran dengan baik. Beliau pernah mengirim saudara beliau
al-Habib Aqil ke Hajrain untuk belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif,
sampai akhirnya al-Habib Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa
Huraidzah. Setiap hari al-Habib Umar menghadiri majlis ta’lim al-Habib Aqil
sekembalinya dari menziarahi kubur ayahnya.
etika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir
ibnu Abdul Kabir Baqais mengunjungi beliau yang ketika itu beliau masih dalam
usia belajar, maka beliau berkata: “Hai, Abdul Kabir nama telah dihidupi, maka
hidupkanlah ilmu”. Ucapan beliau menyuruh Abdul Kabir untuk rajin menuntut
ilmu. Dengan anjuran beliau, maka Abdul Kabir berhasil menimba ilmu
sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut al-Faqih. Al-Habib Umar pernah
memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul Kabir yang ketika itu masih di dalam
kandungan ibunya, sedang ayahnya meninggal dunia. Ketika keluarganya akan
membagi harta waris ayahnya, di saat itu al-Habib Umar berkata:
“Sesungguhnya janin yang ada
di dalam kandungan ibunya ini adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya
dari harta warisannya”. Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar adalah
benar.
Al-Habib
Umar telah memberi isyarat kepada salah seorang pengikutnya, Muhammad ibnu
Hishn al-Huraidzi untuk belajar membaca al-Quran meskipun usianya telah lanjut,
dikarenakan telah mendapat barakah dari Habib Umar, maka ia diberi kemudahan
oleh Allah. Ada seseorang jika menghadiri majlis ta’limnya al-Habib Umar
al-Attas, maka ia banyak berbicara, sehingga majlis beliau terganggu, anehnya
jika diadakan pembacaan suatu kitab, maka orang itu mengantuk sampai tidur.
Karena itu, jika orang itu hadir, maka al-Habib Umar berkata kepada
kawan-kawannya: “Ambilkan kitab dan mari kita membaca kitab itu, agar orang itu
diam karena mengantuk”.
Al-Habib
Umar pernah menyuruh untuk mengeluarkan zakat kurma (Rutob) sebelum kurma itu
menjadi kering. Ketika dikatakan bahawa sebagian ulama mengatakan bahawa tidak
sah mengeluarkan zakatnya kurma sebelum kurma itu menjadi kering, maka al-Habib
Umar berkata: Mereka itu ulama dan kami pun ulama, tanyakanlah kepada
orang-orang miskin, kurma yang masih basah ataukah kurma yang sudah kering yang
mereka sukai”. Setelah dijawab, bahwa yang mereka sukaiadalah kurma yang masih
basah, maka pendapat al-Habib Umar diterima oleh mereka dan dilaksanakan oleh
seluruh penduduk desa itu.
Al-Habib
Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya Taajul A’raas juz 1 hal
708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas telah berbeda pendapat
dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah. Pertama al-Habib Umar berpendapat untuk
menaruh jenazah di ujung kepala liang lahad dan jika jenazah sedang diturunkan
ke liang lahad hendaknya kedua kakinya diturunkan lebih dahulu. Kedua, al-Habib
Umar berpendapat bahawa seseorang tidak harus berniat ketika ia menjadikan
tangannya sebagai wadah untuk mengambil air hendak berwudhu (niat Ightiraf) meskipun
menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu diharuskan berniat kalau tidak maka
airnya menjadi musta’mal. Adapun yang dipakai alasan oleh al-Habib Umar,
seorang yang mengambil air ketika hendak berwudhu, maka ia tidak mencuci
tangannya ke dalam tempat air, kerana itu tidak perlu berniat. Ketiga, al-Habib
Umar berpendapat bahawa seseorang dibolehkan mengeluarkan zakatnya kurma ketika
buah kurma itu masih basah (rutob), meskipun para ulama tidak membolehkan cara
yang demikian itu, alasannya Habib Umar adalah buah kurma yang masih basah
lebih disenangi orang-orang miskin, daripada buah kurma yang sudah kering.
Disebutkan juga al-Habib Umar
menganjurkan orang melakukan solat Ghaib setelah selesai mengerjakan solat
Jum’at. Adapun waktunya adalah setelah imam menutup solatnya dengan salam dan
setelah berzikir, maka diumumkan untuk melakukan solat Ghaib bagi mereka yang
telah meninggal dari segenap umat Islam. Tradisi macam ini tetap dilakukan
penduduk desa Huraidzah dan desa-desa lainnya yang pernah mendengar fatwa
al-Habib Umar.
l-Habib Umar suka mendengar
qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, yang awal mula baitnya
adalah:
Jika
qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib Umar, maka beliau suka
menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab beliau sangat menyayangi dan
merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib Umar wafat, maka al-Habib Abdullah
ibnu Alwi al-Haddad menyuruh seseorang untuk berziarah ke makam al-Habib Umar
dan menyuruhnya untuk membacakan qasidah yang disebutkan di atas tadi di sisi
kubur al-Habib Umar. Ketika orang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh
al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, maka ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu
terdapat sepotong roti yang masih hangat di pangkuannya. Ketka ia terbangun ia
terkejut dengan adanya dua potong roti dihadapnya, setelah diperiksa di
sekelilingnya, ternyata tidak ada seorangpun yang ada didekatnya, sehingga ia
yakin bahawa dua potong roti itu adalah karomah dari al-Habib Umar sebagai
petanda bahawa qasidah yang dibacanya telah didengar oleh al-Habib Umar dan
ziarahnya terkabul. Maka yang sepotong dimakan sedangkan yang sepotong lagi
dibagikan kepada anak-anaknya.Al-Habib Umar dan guru beliau, al-Habib Hussein
ibnu Syeikh Abu Bakar ibnu Salim melarang orang untuk menghisap rokok dan
mengharamkannya.
Al-Habib
Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara pengairan sawah ladang. Beliau
amat senang dengan orang-orang yang suka mengairi sawah ladangnya dan beliau
selalu mendoakan kebajikan bagi mereka, tetapi beliau tidak senang terhadap
orang-orang yang malas mengakhiri sawah ladangnya.
Al-Habib
Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin menanam pohon kurma. Di desa Andal
dan al-Qasar banyak menghasilkan buah kurma. dikarenakan seringnya al-Habib
Umar menganjurkan orang untuk menanamnya. Biasanya beliau berpesan untuk
memberi jarak sepuluh langkah atau lima belas langkah antara satu pohon kurma
dengan lainnya.
Banyak
hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi beliau tidak mahu
menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya. Bahkan jika ada
seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada beliau, maka beliau ada
kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima pemberian seorang penguasapun,
kalau ada seorang penguasa memberi hadiah atau bingkisan kepada beliau atau
yang ada hubungannya denga penguasa, maka beliau selalu menolaknya dengan cara
yang manis dan halus.
Al-Habib
Umar selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang dikehendaki oleh Allah.
Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara berpakaiannya, makan minumnya dan
tempat tinggalnya. Beliau suka memakai pakaian yang kasar berwarna putih, hasil
tenunan dalam negeri, bukan buatan dari India. Beliau tidak pernah memakai
pakaian yang berwarna hitam, selain ketika putera beliau wafat, tetapi beliau
mengenakan juga pakaian putih dan berwarna merah untuk menampakkan beliau tidak
susah atas kematian putranya. Ketika ditanyakan, mengapa beliau berpakaian
demikian, maka beliau berkata: “Sesungguhnya syaitan menyuruh kami untuk
menampakkan rasa susah, tetapi kami menolaknya agar ia menjadi kecewa”.
iasanya jika al-Habib Umar
diberi hadiah sehelai kain halus berwarna putih, maka beliau memakainya sebagai
alas duduk di atas kenderaannya sampai kain itu tampak rosak. Biasanya jika
beliau diberi hadiah sehelai baju terlalu panjang bagian tangannya, maka beliau
memotongnya sampai sebatas telapak tangan. Hal itu adalah dikarenakan beliau
meniru jejak hidup Imam Ali ibnu Abi Thalib yang selalu memotong bagian
tangannya sampai batas telapak tangan.
Jika
al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka beliau menyuruh arkiteknya untuk
membangunkan kamar mandi di bagian depan rumahnya agar orang-orang yang
melihatnya akan mengerti, betapa hinanya kehidupan dunia yang selalu mereka
rebutkan itu. ketika arkiteknya telah selesai membangun tembok rumah beliau,
maka beliau dipersilakan masuk ke dalam bangunan itu. Setelah beliau mengukur
tinggi bangunannya dirasa telah cukup, maka beliau menyuruhnya untuk membangun
atapnya. Letak rumah beliau di bagian atas desa. Ketika penduduk desa Huraidzah
minta pertimbangan beliau, di manakah rumah beliau harus dibangun, maka beliau
menyuruh mereka untuk membangun rumahnya di bagian atas desa itu di dekat rumah
Syeikh Salamah ibnu Ali Basahil. Sebab beliau amat erat hubungannya dengan
Syeikh Salamah yang dikenal sebagai wali yang wara’, ahli ibadah dan amat dekat
hubungannya dengan al-Habib Umar, sehingga al-Habib Umar sering mengunjunginya.
Kata al-Habib Umar: “Andaikata aku tidak takut kebakaran, pasti aku lebih
senang di sebuah gubug”.
Beliau
tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya, beliau mau makan apa saja yang
didapatnya dengan mudah, tidak jarang beliau menahan lapar jika tidak ada
rezeki yang dimakannya. Disebutkan bahawa pada suatu malam isteri Hussein
menantu beliau tidak menyediakan makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira
bahawa al-Habib Umar sudah makan malam di rumah Salim, puteranya. Demikian juga
isteri Salim tidak menyiapkan makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira
bahawa al-Habib Umar telah makan di rumah Hussein. Kebetulan malam itu
pembantunya keluar dengan membawa sepotong roti untuk makan sapinya, maka
beliau mengambil sebagian seraya berkata: “Ini adalah makan malamku”. Al-Habib
Umar hanya berkata: “Kurma dan mentimun yang halal lebih baik dari bubur
kambing (harisah) yang subhat”.
Pada
suatu hari ketika beliau berkunjung ke Wadi ‘Amed, maka beliau singgah di rumah
salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu. Penduduk desa itu senang
menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga mereka membikin bubur asidah bagi
beliau. Ketika penduduk desa itu masih sibuk membuat bubur asidah, salah
seorang puteri dari mereka datang dengan membawa sepiring makanan bagi beliau,
beliau hanya menyuapnya sedikit. Tidak lama setelah bubur asidah yang
dipersiapkan penduduk desa itu telah selesai, maka mereka menghidangkannya ke
hadapan al-Habib Umar, tetapi beliau tidak menyuapkan sedikitpun dari bubur
asidah itu, sehingga mereka minta beliau untuk mencicipinya, tetapi beliau
menolaknya dengan halus, seraya berkata: “Ada seorang puteri telah membawakan
makanan buah bidara cina bagiku, aku telah memakannya sedikit dan hal itu aku
telah rasa cukup”. Kisah ini merupakan salah satu bukti dari kesederhanaan
al-Habib Umar dalam hal makanan.
Sifat postur tubuh
al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari al-Habib Abu Bakar ibnu
Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat diri al-Habib Umar sebagai
berikut: “Tubuh al-Habib Umar berperawakan sedang, wajahnya tampan, janggutnya
lebar, jika seorang melihat beliau, maka akan melihat kewibawaan beliau dan
tercium bau harum dari beliau”.
Al-Habib
Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: “Dari besarnya kesukaannya kepada
parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang berisi parfum, kemudian
aku akan memakainya semua”. Dikarenakan besarnya kegemaran beliau mamakai
parfum, maka keringat beliau tercium bau harum. Pada lambung kiri al-Habib Umar
ada warna hitam sebentuk cincin.
Al-Habib Umar
sebagai seorang Syeikh dan Murabbi
Al-Habib
Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang da’i kepada Allah di
dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib Umar pernah berkata: “Ketika
aku ditawari menjadi seorang da’i, maka aku menolaknya dengan berbagai alasan”.
Kemudian dikatakan kepadaku: “Kami akan menjadikan bagimu seorang pendamping
dan membantu yang akan mendampingimu untuk menunaikan tugasmu”, seraya menunjuk
kepada Syeikh Ali Baras. Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan
membantuku dan mendukungku”.
Habib
Umar berkata: “Sesungguhnya sumber-sumber untuk mendapatkan cahaya Allah tidak
berkurang sedikitpun bagi generasi yang ada di akhir masa, akan tetapi mereka
datang membawa bejana-bejana yang berlubang”.
Pada awal
mulanya, Syeikh Ali Baras sibuk membantu al-Habib Umar dalam menyampaikan
dakwahnya. Pada suatu hari ketika Syeikh Ali Baras duduk di sisi al-Habib Umar,
maka beliau bertanya kepadanya: “Buku apa yang ada padamu?” kata Syeikh Ali
Baras: “Buku yang ada di tanganku adalah Bidayatul Hidayah”. Kata al-Habib
Umar: “Bacalah buku itu”. Maka Syeikh Ali Baras membaca dengan khutbahnya.
Selanjutnya, al-Habib Umar berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Berhentilah sampai
di situ, aku telah memberimu ijazahdi bidang Syari’at, Tareqat dan Hakekat, ini
adalah ijazah yang diberikan bertepatan pada saat terkabulnya semua do’a”.
Habib Isa
ibnu Muhammad al-Habsyi berkata: “Biasanya jika ada seorang datang dengan niat
yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau akan menerima segala pengaduannya
serta menghormatnya dengan menampakkan keramatnya, sifat-sifat mulia seperti
ini iaitu niat yang baik dan keyakinan yang kuat jarang dimiliki oleh tamu-tamu
yang lain dan kekeramatan beliau jarang dilihat orang kecuali seorang yang
benar-benar ta’at, bagus niatnya dan kuat aqidahnya”.
yeikh Ali Baras pernah
berkata kepada al-Habib Umar: “Meskipun engkau sering mengunjungi Wadi ‘Amed
dan desa-desa lainnya, tetapi anehnya tidak banyak yang mendapat petunjuk
dengan sebenarnya dari engkau, padahal aku yakin bahawa jika seorang fakir
bertemu dengan engkau pasti ia akan menjadi muslim”. Jawab al-Habib Umar:
“Andaikata aku bertemu dengan seorang yang hatinya seperti engkau, tentunya aku
dapat menyampaikan ia kepada Allah di dalam waktu yang paling singkat, akan
tetapi aku mendapati orang-orang yang hanya membicarakan: “Habib akan pergi,
habib akan datang”. Dengan kata lain tidak mempunyai persiapan dan keyakinan
kepada beliau”.
Disebutkan
bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada beliau dengan niat untuk
memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid itu menyampaikan kepada beliau apa
yang yang ada di hatinya, maka dengan cara kasyaf beliau menjawab apa yang akan
ditanyakan oleh murid tersebut: “Wahai orang yang kebanyakan manusia
meninggalkan apa yang semestinya harus ia lakukan, tidak seorangpun yang datang
kepadaku kecuali ingin menanyakan tentang masalah-masalah duniawi seperti
meminta hujan, menginginkan anak atau meminta pendapat, padahal setiap murid
yang datang kepadaku dengan niat yang baik untuk mendapatkan masalah-masalah
yang mulia, pasti ia akan mendapatkan kebajikan yang ia inginkan”.
Ada
seorang sholeh dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama Ahmad ibnu
Abdillah Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak kecil. Biasanya jika
penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib Umar al-Attas, maka mereka
singgah di desa Hadzyah dan akan melewati rumah guru ngaji ini, demikian pula
jika mereka pulang dari tempat beliau. Pada suatu kali, guru itu berkata kepada
salah seorang yang didekatnya: “Aku lihat penduduk Syibam yang pergi ke tempat
al-Habib Umar dalam keadaan wajah tertentu, dan mereka pulang dengan wajah yang
berlainan dari wajah yang sebelumnya. Mengapa demikian?” Ketika ucapan guru
ngaji itu disampaikan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata: “Katakanlah
kepadanya, adakalanya manusia tugasnya sebagai guru ngaji seperti kamu,
adakalanya seorang pendidik, apakah dia tidak mengerti bahawa saya seperti
buaya, telurnya di darat dan ia tetap berada di laut dan memelihara telurnya
cukup dengan pandangan”.
Al-Habib
Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi berkata: “Dulunya aku dan as-Sayid Abdullah
al-Haddad sering berkunjung kepada al-Habib Umar al-Attas, tidak lama, maka
al-Habib Abdullah mendapat pancaran Ilahi (Futuh) sebelum aku mendapatkannya,
sehingga minatku kepada beliau berkurang. Ketika aku adukan keadaanku kepada
Habib Umar, maka beliau menghadap kepadaku dan mendo’akanku untuk mendapatkan
seperti yang didapati al-Habib Abdullah al-Haddad. Maka sejak saat itu akupun
mendapat pancaran Ilahi.
Al-Habib
Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: “Ketika aku keluar dari desa
Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy yang sedang mengembara. Waktu
itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika aku memberi salam kepadanya, maka ia
berkata, selamat datang wahai fulan. Ia menyebut namaku dan ia menunjukkan
kegembiraannya bersamaku meskipun aku belum pernah bertemu dengannya pada waktu
sebelumnya. Aku bertanya kepadanya, bagaimana engkau tahu namaku, padahal
engkau belum pernah berkenalan denganku?” Jawab orang itu: “Bagaimana aku tidak
mengenalmu, pada hal engkau adalah putera guru kami, al-Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas. Sesungguhnya ayahmu sering datang ke negeri kami secara
ghaib dan nama beliau lebih dikenal di tempat kami daripada di tempat kamu”.
Habib
Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: “Aku pernah diberitahu oleh seorang yang
aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia pernah bertemu dengan seorang Darwisy
dari negeri Sind di Afrika yang berkata: “Sesungguhnya al-Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas sering berkunjung ke negeri kami di Sind untuk mengajari
kami Tasawwuf dan ilmu Tareqat dan beliau banyak dikenal di negeri kami”.
Syeikh
Abdullah ibnu Abdurrahman Ba’ubad menuturkan bahawa ketika ia bersama Syeikh
Ali Baras dan tiga belas orang sahabatnya datang ke tempat al-Habib Umar, maka
yang pertama aku lihat adalah sinar wajah beliau yang amat cemerlang, sehingga
aku tidak ingat lagi akan kehadiranku, sebab aku lihat diri beliau bagaikan
mutiara yang berwarna putih cemerlang, dan wajah beliau memancarkan sinar yang
terang, maka timbul keinginanku untuk tidak akan berpisah dari beliau sepanjang
hidupku. Kami sempat menetap di tempat beliau selama beberapa hari. Ketika
beliau memberi izin kami untuk pulang ke desa kami, maka beliau berkata
kepadaku: “Wahai puteraku, tempat dan sumber mata air serta perjalanan hanya
ada satu macam, barang siapa yang ingin memisahkan antara aku dari Syeikh Ali
Baras, maka ia tidak akan mendapat untung”.
Al-Habib
Abdullah ibnu Alwi al-Haddad berkata: “Ketika aku mengunjungi al-Habib Umar
al-Attas, maka aku lihat pada diri beliau, adanya sifat-sifat yang terdapat
pada para sesepuh beliau hingga pada diri Nabi SAW”.
Habib Isa
ibnu Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya, banyak menuturkan bahawa
keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan tindak lanjutnya jauh berbeda
dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun keadaan dan kedudukan beliau sangat
tinggi, namun beliau lebih senang untuk rendah diri, lemah lembut, ramah tamah
kepada semua orang dan akhlak yang sangat tinggi di mana sangat sedikit sekali
orang berakhlak seperti beliau.
Ketika menyebutkan
sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein al-Habsyi berkata: “Banyak orang
dari kawan-kawan beliau yang menerima kebajikan dari al-Habib Umar, banyak
orang yang menjadi murid beliau dan banyak pula yang menerima talkin dzikir dan
menerima khirqoh dari beliau”.
Kitab-kitab yang dipesankan
oleh Habib Umar al-Attas untuk dipelajari
1.
Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan.
Habib
Umar selalu menyuruh anak-anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.
2.
Bidaayatul Hidaayah karya tulis Imam
Ghozali.
Syeikh
Ali Baras pernah membaca mukadimah kitab Bidaayatul Hidaayah di hadapan Habib
Umar, kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh Ali Baras sehingga Allah
membuka cabang-cabang ma’rifat baginya.
3.
Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi.
Syeikh
Abdullah ibnu Umar Ba’ubaid berkata: “Ketika aku berkunjung ke tempat Habib
Umar, beliau berkata kepadaku: “Aku pernah membaca kitab al-Irsyad, karya tulis
Syeikh Ismail al-Muqri”. Maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai
Ali, bacakan kepadanya kitab al-Minhaaj, karya tulis Imam Nawawi dan bacakan
juga kitab itu kepada kawan-kawanmu, kerana kitab tersebut membawa berkat dan
memberi futuh, Insya-Allah, sebab penyusunnya seorang Wali Qutub dan ia berdo’a
bagi setiap pembacanya, semoga diberi barakah”.
4.
Ar Risalah karya tulis Imam Qusyairi dan
Awarifu al-Ma’arif karya tulis Imam al-Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas
selalu membaca kedua kitab itu ke mana saja beliau pergi. Kata beliau: “Ar
Risalah dan al-Awarif dan kitab-kitab sepertinya sangat penting untuk dibaca,
sebab keduanya termasuk pemasok santapan rohani bagi para ahli Tasawwuf”.
Kewara’kan al-Habib
Umar al-Attas
Beliau
dikenal sangat wara’. Beliau tak mau pernah menerimapemberian apapun dari kaum
penguasa, tidak pernah mau diajak makan minum, sampaipun sekedar minum kopi
bersama kaum penguasa, bahkan beliau menolak arang bakar yang datangnya dari
kaum penguasa. Kisah penolakkannya terhadap pemberian Sultan Badar ibnu
Abdillah al-Katsiri ketika datang mengunjungi beliau, kelak akan saya sebutkan
dalam fasal tersendiri.Beliau tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang
berbisnes dengan cara riba’. Ada suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka
beliau dipersilakan singgah di rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan
mereka tidak mau memberikan bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka belai
menolak untuk singgah dan beliau berkata: “Bagaimana aku akan singgah di rumah
seorang yang tidak mau memberikan waris bagi anak-anak perempuannya? Padahal
Allah menyuruh memberikannya dalam al-Quran, Allah berfirman:“Allah
mensyari’atkan bagimu tentang pembagian waris untuk anak-anakmu, iaitu bagian
seorang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan”.
Kata
lelaki itu: “Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi anak-anak
perempuanku”. Maka Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdo’a
bagi keluarga orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan hidup”.
Pada
suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang dari keluarga Basuwaid
yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut dengan sambutan yang luar biasa,
dan beliau diberi labu. Beliau bertanya: “Dari mana engkau peroleh buah labu
ini?” Jawab orang itu: “Aku memetiknya dari sebuah kebun milik wakaf”. Katanya
beliau: “Kalau begitu, kita tidak diperbolehkan makan dari kebun yang telah
diwakafkan, sebab kebun yang telah diwakafkan itu adalah milik semua orang
Islam”. Kata orang itu: “Mulai sekarang aku tak mau lagi makan dari hasil kebun
yang telah diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya yang telah aku makan di
masa-masa sebelumnya?” Kata Habib Umar: “Untuk menebus dosanya yang lalu, maka
rawatlah kebun itu, kemudian bagikan hasilnya bagi kaum muslimin”. Maka sejak
saat itu, kebun yang telah diwakafkan itu mulai sebaik mungkin”.
Habib
Umar tidak mau menerima harta wasiat dari seorang kecuali bila beliau telah
memperjelaskan benar-benar tentang redhanya ahli warisnya. Pada suatu kali ada
seorang wanita yang mewasiatkan sebagian dari perhiasannya senilai tiga Uqiyah.
Ketika wanita pemilik harta itu wafat, maka harta yang diwasiatkan itu
diberikan kepada beliau, tetapi beliau tidak mau menerimanya sampai setelah
memperjelas redha ahli warisnya tentang harta wasiat itu”.
Disebutkan
oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya yang bernama Salim pernah meminjam
seekor keldai buat kenderaan bagi perjalanan habib Umar yang akan pergi ke desa
Lahrum. Anehnya, sesampai di tengah perjalanan, keldai itu berhenti dan duduk
di padang pasir, padahal waktu itu udaranya amat panas. Kata Syeikh Salim:
“Hampir aku pukul keldai ini, tetapi beliau melarangku seraya berkata bahwa
pemilik keldai ini tidak mau keldainya dipukul”. Kemudian beliau berkata:
“Peganglah kepalanya dan aku akan membantumu, agar ia berjalan”. Demikian pula ketika
keldai itu mogok kembali, maka Salim hendak memukulnya, tetapi beliau
menolaknya, dan beliau membantunya agar ia mau berjalan”.
Dan jika
telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid ada didekat beliau,
maka beliau mengusirnya seraya berkata: “Pergilah engkau untuk menjadi imam,
tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila waktu tugas anda sebagai imam telah
tiba”.
Rasa tawadhu’
al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib
Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu’ dan lemah lembut, sehingga
tangkai-tangkainya seperti itu juga”. Hal itu menunjukkan kedua sifat budi
pekerti beliau.
Al-Habib
Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Ketika kami berkunjung ke desa
Huraidzah ke tempat Habib Umar, kami melihat Habib Umar bersikap amat tawadhu’,
tidak seorangpun dari orang-orang besar yang dapat mengikuti perangai beliau seperti
itu. Begitu tawadhu’nya perangai beliau, meskipun tingginya kedudukan beliau,
samapi beliau tidak dapat dibezakan dengan kawan-kawan duduknya yang lain. Di
tengah majlisnya, beliau tidak duduk di tempat yang khusus, tidak pakai pakaian
khusus, sehingga beliau tidak berbeza dengan kawan-kawan duduk yang lain. Bila
bangun kerana ada hajat dan tempat duduknya ditempati orang lain, belaiu tidak
marah dan tidak menyuruh orang itu untuk pindah, bahkan beliau duduk di tempat
lain, sampai aku pernah berkata: “Alangkah tidak sopannya kalian terhadap Imam
ini”.
Pada
suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan dengan beliau, ada
seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian Habib Umar dan
ketawadhu’annya, maka ia berkata: “Seorang yang seperti ini, kami di Tarim
tidak mengajak berjabat tangan dengannya”. Ketika ucapan itu didengar oleh
Habib Umar, maka beliau berkata: “Memang pantas ucapannya itu, sebab yang ada
di Tarim hanyalah orang-orang yang wajah-wajahnya bagaikan bulan”. Beliau
mengulang-ulang berkali-kali.
Pada
suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar untuk mengucapkan
selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan dari penduduk kota itu
tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang yang berwatak keras dan
meninggalkan solat berjamaah dan Jum’at, maka ada seorang dari penduduk desa
itu yang mendengar bahawa Habib Umar mempunyai anak, lalu dia mengatakan
keldaiku mempunyai anak, suatu ucapan yang mengejek dan sangat tidak pantas.
Mendengar ejekan orang itu, Habib Umar tidak marah, bahkan Habib Umar
mendatangi rumah orang itu dengan tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau
menjadikan orang itu amat bergembira, sehingga ia menjadi amat kagum terhadap
lemah lembut budi pekerti beliau. Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jum’at.
Ketika Habib Umar hendak keluar, maka beliau bertanya kepada orang itu dan
kawan-kawannya yang tidak mau menghadiri solat Jum’at: “Mengapa kalian tidak
menghadiri solat Jum’at, padahal mempunyai pakaian-pakaian yang bagus dan harum
baunya?” Jawab mereka: “Apakah kami boleh menghadiri solat Jum’at dengan
memakai pakaian-pakaian yang bagus dan harum?” Jawab Habib Umar: “Boleh”. Maka
mereka keluar bersama-sama untuk menghadiri solat Jum’at dengan perasaan
gembira dan puas karena akhlak dan perilaku Habib Umar.
Kedermamawan
al-Habib Umar al-Attas
Habib
Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah tangan, sehingga rumahnya
selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat yang membutuhkan bantuan beliau.
Kedermawan Habib Umar tidak pernah membezakan orang, semua orang disamakan
pelayanannya, baik dia orang yang fakir atau pejabat tinggi. Habib Umar sangat
peduli untuk memberi makan orang-orang, sehingga menyuruh pembantu-pembantunya
untuk menyimpan sebagian hasil panen buat nanti bila datang musim paceklik.
Sehingga kalau ada orang-orang yang membutuhkan pertolongan, pasti kebutuhan
mereka dapat terpenuhi. Meskipun besarnya kedermawan Habib Umar, tetapi beliau
tidak pernah menyombongkan diri di depan orang-orang lemah. eliau senantiasa
memberi pelayanan kepada orang-orang lemah dengan penuh kasih sayang, sehingga
mereka tidak pernah rasa malu dengan beliau. Demikian pula, Habib Umar tidak
pernah memaksa diri dalam menjamu tamu-tamunya, adkalanya tamunya orang miskin,
beliau hidangkan daging bila beliau memilikinya. Adakalanya tamunya penguasa,
beliau hidangkan seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan kaum lemah dari
kaum penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap Sultan Badar
ibnu Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau lakukan agar tidak
terasa di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari Sultan atau ingin
mendekatkan diri kepadanya.
Adakalanya
kalau ada orang-orang terpandang mengunjungi beliau, sedangkan beliau tidak
mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan kepada mereka. Tetapi beliau
tidak segan mohon bantuan atau pinjaman untuk menyembelih seekor kambing bagi
tamu-tamunya yang terpandang itu, agar mereka tidak kecewa bila penghormatannya
atau hidangannya dirasa kurang cukup.
Al-Habib
Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu al-Habib Abdullah selalu
menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen tahunan untuk musim paceklik,
meskipun kebanyakan orang tidak memperhatikan hal ini. Karena itu bila banyak
orang-orang yang mohon bantuan bahan makanan di rumah beliau jika musim
paceklik tiba, maka hal itu tidak mengherankan sebab beliau telah lama
bersiap-siap menghadapi krisis pangan seperti itu. Di saat krisis pangan sedang
melanda kaumnya, maka beliau menolong orang-orang yang membutuhkan bahan
makanan. Di antara mereka, ada yang setiap saatnya diberi makan langsung di
rumah beliau, tetapi ada pula yang dikirim bahan pangan ke rumah-rumah mereka,
terutama bagi keluarga-keluarga yang tidak bisa mohon bantuan orang, tetapi masa
paceklik yang memaksa mereka untuk cari bantuan dan juga untuk mempererat tali
silaturahim.
Adakalanya,
ada sejumlah tamu yang datang ke rumah beliau di akhir malam, dan beliau
menyambut mereka dengan ramah-tamah. Biasanya bila ada tamu di akhir malam hari,
beliau membangunkan isterinya untuk menyiapkan makan malam buat tamu-tamu yang
datang di akhir malam, adakalanya beliau menyimpan sebagian makan malamnya,
persiapan barangkali ada tamu yang datang. Biasanya jika bahan makanan pokok
menipis, maka beliau dan keluarganya tidak mau makan bahan pokok. Beliau dan
keluarganya memilih bahan pangan pengganti, sedang bahan pangan yang pokok
diberikan bagi orang lain yang membutuhkannya, terutama bagi para tamu yang
datang ke rumah beliau. Kalau bahan pangan pokok benar-benar habis, maka beliau
berikan bahan pangan berupa apa saja tanpa malu.
Habib Umar tidak
senang menonjolkan diri
Habib
Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan
keistimewaan-keistimewaannya dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula, Habib
Umar selalu mewasiatkan hal itu bagi murid-muridnya.
Habib
Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:“Menonjolkan diri
merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya”.
Seorang
murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat solatnya secara
tersendiri. Ketika beliau ditanya: “Mengapa beliau mengasingkan diri?” Kata
beliau: “Aku mengasingkan diri sebab orang-orang itu selalu mendekati aku”.
Habib Ali
bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa Thabarani menyebutkan bahawa Anas r.a berkata:
“Aku datang ke tempat Rasulullah SAW dan aku dapatkan beliau mendorongkan
sesuatu dengan kedua tangannya”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, kiranya apa
yang tadi engkau dorongkan dengan kedua tangannya ini?” Sabda beliau: “Tadi aku
didatangi dunia maka aku mengusirnya dariku”.
Salah
satu dari tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk menampilkan diri dan tanda
lemah lembutnya adalah jika beliau mengunjungi suatu desa dan beliau tinggal di
desa itu selama tiga hari atau lebih atau kurang dari jumlah itu, tetapi
kedatngan beliau itu hampir tidak diketahui oleh penduduk desa yang beliau
kunjungi, kecuali hanya si pemilik rumah yang beliau singgahi dan
tetangga-tetangga dekatnya. Pada umumnya beliau suka berjalan di saat panas
matahari atau di waktu tengahari yang sangat panas, dan beliau tidak senang
ditemani orang lain, kecuali pembantunya. Jika beliau tiba di suatu desa, maka
beliau sengaja memilih singgah di suatu rumah yang tidak akan dikenal orang
banyak.
Gerakan dakwah
al-Habib Umar al-Attas
Habib
Umar pernah berkata:”Ketika aku diminta untuk bergerak di bidang da’wah, maka
aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan ketidakmampuan melakukannya”.
Maka diberitahukan kepadaku: “Kami akan mendukungmu dalam melaksanakan tugas
da’wah ini dengan seorang yang amat mampu untuk melaksanakan tugas ini.
Kemudian Syeikh Ali Baras diperbantukan kepadaku”.
Dikarenakan
seringnya perjalanan yang beliau lakukan untuk berda’wah dan mendamaikan orang,
sampai beliau mengatakan: “Dikarenakan banyaknya perjalanan yang aku lakukan
untuk berda’wah, sampai aku menjadi orang pendatang (asing) sampai kewajipan
solat Jum’at tidak diwajibkan bagiku”. Karena beliau selalu dalam keadaan
musafir.
Al-Habib
Abdullah al-Haddad berkata: “Sebenarnya kami ingin mengunjungi makam-makam dan
negeri-negeri, akan tetapi kami terhalangi oleh kecintaan dan ketergantungan
manusia kepada kami. Kami ingin sekali seperti Habib Umar ibnu Abdurrahman
al-Attas, karena beliau banyak berkunjung ke berbagai tempat, untuk berda’wah
dengan tidak ditemani orang lain.
Habib
Abdullah al-Haddad berkata juga: “Pada tahun 1071 H, tepatnya hari Isnin
tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika kami berkunjung ke tempat al-Habib Umar
al-Attas, maka kami meminta untuk berdua dengan beliau tanpa diikuti orang
lain. Ketika permintaanku itu dikabulkan oleh Habib Umar dan beliau merestui
dengan segala yang aku lakukan, beliau menganjurkan aku untuk berdakwah secara
khusus atau umum tanpa peduli ucapan orang banyak”.
Habib
Umar selalu giat berda’wah, menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar dengan
cara yang lemah lembut, dan bersifat mengayomi orang, sehingga banyak orang
yang suka dan cinta dengan beliau. Tidak sedikit orang-orang yang membangkang
dan berbuat dosa terpengaruh oleh lemah lembutnya da’wah beliau, sehingga mereka
bertaubat dan menjadi orang-orang yang taat kepada Allah. Beliau menggalakkan
menghadiri solat berjamaah dan solat Jum’at. Selain itu, berbagai cabang-cabang
amal-amal soleh pun digalakkan di tengah masyarakatnya. Pada waktu beliau
sampai di desa Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau dapati masyarakatnya
banyak yang bodoh, membangkang, kasar, tidak suka tolong-menolong dan tidak mau
berjamaah dan berjum’atan. Dengan tekun Habib Umar mengajak mereka ke jalan
Allah. Habib Umar tidak pernah memaksa orang untuk berbuat baik, tetapi merayu
mereka dengan cara-cara yang menarik, sehingga akhirnya penduduk desa Huraidzah
menjadi manusia-manusia yang berbudi pekerti halus dan ramah-tamah.
Salah
satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib Umar dalam menarik hati
masyarakatnya adalah sering mengunjungi rumah-rumah mereka dan bercengkramah di
rumah-rumah mereka, sampai mereka cinta dengan cara yang dipakai leh beliau.
Meskipun demikian, beliau tidak segan menasihati mereka bila ada
perbuatan-perbuatan terlarang yang dilakukan oleh mereka, misalnya cerita yang
tertera di atas akan nasihat yang beliau berikan kepada seorang Basuid yang
menyuguhkan buah labu yang timbul di kebun milik wakaf. Termasuk juga lemah
lembut beliau terhadap orang yang mengatakan keldaiku juga mempunyai anak,
sewaktu orang-orang mengucapkan selamat atas lahirnya anak beliau, yang mana
mereka tidak mau melakukan solat Jum’at. Sampai mereka mau menghadiri solat
Jum’at dan mereka tertarik dengan cara-cara yang menarik dari Habib Umar.
Terhadap
orang-orang yang terang-terangan menentang hukum Allah, maka beliau bersifat
kasar terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau tidak mau singgah ke rumah
seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau memberikan waris bagi putri-putri
mereka: “Ketika mereka bertanya, maka beliau berkata: “Bagaimana aku mau akan
berkunjung ke rumah seorang yang tidak mau memberi hak waris bagi
putri-putrinya?” Maka dengan ketegasan Habib Umar itu, mereka menyatakan
taubatnya, dan akhirnya beliau mau mengunjungi rumah mereka.
Sedangkan
terhadap orang-orang yang tidak ada gunanya dengan cara-cara yang lemah lembut,
maa beliau bersifat kasar dan marah yang sangat marah. Hal itu dinampakkannya
seperti tidak mau memasuki rumah mereka, tidak mau menghadiri undangan mereka,
sehingga banyak yang bertaubat di tangan beliau.
Disebutkan
juga bahwa Habib Umar pernah menola makan hidangan yang dihidangkan di rumah
seorang yang tidak memisahkan antara harta dari hasil yang halal maupun yang
haram, khususnya dari harta hasil riba’. Disebutkan bahwa pada suatu hari,
Habib Umar diundang makan di suatu rumah yang pemiliknya sedikit banyak suka
makan harta hasil riba’. Ketika hidangan makanan telah disuguhkan dan para tamu
termasuk Habib Umar dan Syeikh Ali Baras dipersilakan makan. Ketika itu Habib
Umar merasa bahawa hidangan itu ada undur haramnya.
Maka
beliau memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras tentang hal itu. Kemudian
keduanya meninggalkan jamuan makan tanpa menyantap sesuap pun dari makanan yang
dihidangkan itu sehingga pemilik rumah bertanya-tanya tentang sebabnya. Kata
Habib Umar: “Dalam hidanganmu ada harta yang tidak halal”. Maka si pemilik
rumah menangis dan berkata: “Kalau orang-orang yang baik tidak mau makan
makananku, maka aku adalah orang yang paling jelek”. Lalu menyatakan taubatnya
di hadapan Habib Umar dan ia berjanji tidak akan memungut harta dari hasil
riba’ lagi.
Disebutkan
bahawa pada suatu hari Habib Umar menghadiri majlis ta’lim Habib Aqil, saudara
beliau, sepulangnya dari ziarah ayahnya. Ketika itu ada seorang yang kaya yang
suka menerima harta riba’ memberi suguhan kopi susu kepada para jamaah. Ketika
Habib Umar merasa bahawa dalam kopi yang disuguhkan itu ada unsur haramnya maka
beliau berkata: “Angkatlah kopimu, kami tidak dapat meminumnya sebab engkau
suka menerima harta riba’”. Habib Umar sangat marah terhadap orang itu maka
lelaki itu berdiri sambil marah dan nenentang Habib Umar sehingga Habib Umar
berdoa bagi orang itu. Denga izin Allah, lelaki itu sakit dan mati tidak lama
setelah itu. Kata Habib Ali bin Hasan al-Attas: “Karena lelaki itu menampakkan
diri menentang Allah dari dua sisi, yang satu dengan harta riba’ yang ia makan.
Allah berfirman:“Maka ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu”
Dan karena ia menentang wali
Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis Qudsi:
Seorang yang menentang
wali-Ku maka Aku akan memeranginya”
Di akhir
usianya ketika Habib Umar solat Jum’at di desa Nafhun, beliau duduk di pintu
masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah dan memperingatkan hadirin dari
seksa Allah karena itu mereka diminta meningkatkan frekuensi ibadah mereka dan
ketaqwaan mereka dan melarang dari apa yang menyebabkan kemurkaan Allah.
Setelah itu beliau berkata: “Apakah aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah
ini?” Jawab para hadirin: “Ya”. Maka beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah
kesaksian mereka”.
Di saat
itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdul Kabir Baqais yang
berkata: “Seolah-olah Habib Umar memberikan nasihat yang terakhir”.
Habib Umar gemar mendamaikan
orang yang berselisih
Habib Umar al-Attas suka
mendamaikan orang-orang yang sedang berselisih demi untuk menjalankan ajaran
Allah yang pernah disebutkan Allah dalam firmannya:
“Tiada kebaikan dalam
sebagian besar bisik-bisik kalian kecuali seorang yang menyuruh bersedekah dan
menyuruh berbuat kebajikan atau mendamaikan di antara manusia yang berselisih.
Barang siapa yang mengerjakan hal itu karena berharap redha Allah, maka akan
kami berikan pahala yang besar”
Disebutkan
bahawa suatu hari beliau mendamaikan di anatara dua suku Kabilah Arab yang
sedang bersengketa. Maka masing-masing suku berkeras kepala, sehingga beliau
bertanya kepada mereka: “Bagaimanakah pendapat kalian bila seseorang di antara
kalian berada di suatu lembah, bisakah ia menjadikan lembah itu makmur atau
bisakah ia menggali sumur seorang diri atau menolak serangan musih seorang
diri?”
Jawab kedua suku itu: “Tidak
bisa”. Jawab Habib Umar: “Karena itu bersatulah kalian semua agar dapat
menyelesaikan segala persoalan secara bersama”. Berkat nasihat Habib Umar itu,
maka mereka bersatu kembali dan saling memaafkan”.
Dikisahkan
oleh Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: “Pada suatu kali ketika Habib
Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab dengan lemah-lembut, maka mereka
menolaknya dengan cara kasar sehingga beliau melemparkan tasbihnya di antara
mereka. Dengan kuasa Allah, tasbih itu berubah seakan-akan menjadi ular besar
yang merayap di antara mereka sehingga mencari perlindungan di hadapan beliau.
Maka mereka meminta maaf dari
abib Umar dan menerima seruan
perdamaian.
Disebutkan
bahawa ada seorang yang berhutang dan si pemberi hutang mengadukan masalah
keduanya kepada Habib Umar. Akhirnya setelah keduanya didamaikan oleh beliau,
maka yang memberi hutang bersedia memaafkan sebagian hutangnya asalkan yang
berhutang mau melunasi sebagiannya. Anehnya setelah keduanya keluar dari tempat
Habib Umar, maka yang memberi hutang mengingkari perjanjian tadi sehingga yang
berhutang memberitahukan Habib Umar. Maka Habib Umar marah pada si pemberi
hutang seraya berkata: “Nanti engkau akan terkena penyakit dan akan terkena
sengatan api sebanyak bilangan wang yang engkau ingkari janji kemudian akan
menjadikan engkau mati”. Nyatanya ucapan Habib Umar itu dikabulkan Allah,
akhirnya si pemberi hutang mati setelah ia menderita sakit beberapa waktu.
Disebutkan
juga bahawa sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa menyerahkan tanah
perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk desa itu meminta bantuan dari
Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu agar membatalkan tuntutan mereka
kepada penduduk Huraidzah. Ketika para penguasa mau menolak, maka Habib Umar
mengancamnya akan mendoakan bagi mereka, maka mereka terpaksa membatalkan
tuntutan mereka.
Disebutkan
ada dua bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim yang berbuat zalim kepada
tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya. Ketika kedua bersaudara itu
dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya dinasihati agar memberikan hak
tetangganya, tetapi keduanya menolak bahkan menentang Habib Umar dengan penuh
kurang ajar sehingga Habib Umar berkata pada mereka: “Kalian akan kami masukkan
ke dalam lautan yang tiada bertepi”. Akibat ucapan Habib Umar itu, maka salah
satu dari kedua bersaudara itu ada yang berubah akalnya sehingga ia menyerang
saudaranya, dan saudaranya ikut tak sadar sehingga keduanya saling hunus
senjata tajam, akhirnya keduanya saling menikam hingga keduanya mati secara
tidak terhormat.
Habib Umar selalu
berfikiran positif
Dikenal
oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran positif dan pendapatnya
dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau melihat dengan mata hati. Karena itu
banyak orang yang selalu mohon pendapat beliau. Bagi yang mengikuti pendapat
dan kebijaksanaan beliau, maka ia akan senang. Sebaliknya bagi yang menyalahi
pendapat beliau tidak sedikit yang menyesal dan rugi. Di antara pendapat beliau
yang memberi manfaat adalah pendapat yang beliau berikan kepada Syeikh Muhammad
ibnu Hussein al-Huraidhi untuk menghafal al-Quran. Sedangkan ia telah lanjut
usia lalu diterimanya maka ia diberi kemudahan oleh Allah.
Di antara
pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri an-Nahdi untuk menanam pohon
kurma di salah satu tempat yang bernama Dhahirah, tetapi pendapat Habib Umar
itu dianggap lemah oleh sebagian orang. Untungnya Syeikh Muhammad al-Amiri
menjalankannya, sehingga ia berhasil mendapatkan untung besar.
Disebutkan
bahawa Syeikh Abdullah ibnu Said Bamika, pemilik masjid al-Aredh di kota Syibam
termasuk salah satu dari orang-orang saleh yang gemar beribadah dan menjalin
persahabatan yang erat dengan Habib Umar. Syeikh termasuk orang yang kaya,
tetapi pada suatu masa kejayaannya menurun sampai ia jadi miskin. Ketika ia
mengadukan kepada Habib Umar, maka beliau memberi petunjuk untuk melakukan
suatu amal kebajikan. Syeikh Abdullah mengerti maksud petunjuk beliau itu,
sehingga ia menggali sebuah sumur dan ia membangun sebuah masjid di tempat itu.
Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia lakukan kepada Habib Umar. Dengan restu
Habib Umar, maka kekayaan Syeikh Abdullah kembali seperti sediakala.
Ketika
penduduk Syibam bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad, mana yang bagus solat
di masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik orang lain, maka Habib
Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat di masjid Abdullah Bamika
sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk seorang wali Allah, iaitu Habib
Umar al-Attas.
Disebutkan
juga bahawa ketika sebagian dari penduduk dari suku Nahdi datang kepada Habib
Umar tentang lamanyamusim panas di desa mereka, sampai kebun-kebun kurma mereka
banyak yang kering. Habib Umar menganjurkan mereka untuk menetap bersabar di
desa mereka, mereka dilarang untuk pindah ke tempat lain, semoga tidak lama
Allah akan menurunkan hujan ke desa mereka. Akhirnya dengan mengikuti petunjuk
Habib Umar dengan tetap bersabar, maka tidak lama kemudian Allah menurunkan air
hujan bagi penduduk desa itu, sehingga pengairan bagi kebun-kebun kurma mereka
berjalan lancar lagi seperti sediakala.
Disebutkan
bahawa Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi al-Juaydi selalu berhubungan erat dan
yakin sepenuhnya kepada Ahbib Umar, dan tidak pernah menyalahi pendapat beliau.
Karena itu Habib Umar memohon kebaikan kepada Allah bagi Syeikh Umar al-Hilabi
dan bagi anak cucunya. Pada suatu kali ketika Syeikh Umar ini singgah di tempat
Habib Umar, maka ia disambut oleh beliau. Waktu itu baru menjelang musim panen.
Ketika ia minta izin untuk meninggalkan tempat Habib Umar, maka beliau berkata:
“Hai Umar, jika engkau sampai di desamu, maka panenlah dan ambillah hasil pohon
kurmamu”.
Petunjuk
Habib Umar itu dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh Umar tanpa ragu-ragu
lagi karena kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar, padahal bila panen sekarang,
maka hasilnya akan berkurang sampai penduduk desanya menegur dengan keras,
bahkan di antara mereka ada yang menganggap Syeikh Umar sudah gila, untungnya
ia tetap menghargai petunjuk Habib Umar.
Tidak
lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon kurma penduduk desa
itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk desa itu rosak sehingga mereka
menyesali nasib mereka karena tidak mendapat hasil panen kurma pada musim panen
itu, sedangkan Syeikh Umar telah memetik hasilnya sebelum pasukan belalang
menyerbu tanamannya. Maka mereka sadar akan rahasia petunjuk Habib Umar dan
faedah mengikuti pendapatnya. Disebutkan bahawa putra Syeikh Abdullah bin
Muhammad bin Ahmad bin Afif sering ke desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib
Umar, karena ayah mereka adalah kawan dekat Habib Umar.
Pada
suatu kali, Syeikh Ma’ruf, putra Syeikh Abdullah menginap di rumah Habib Umar
sebelum beberapa hari, ia tidak mau ke tempat lain kecuali jika sudah mendapat
izin dari Habib Umar.
Suatu
hari ketika Syeikh Ma’ruf minta izin akan pulang, maka Habib Umar tidak
mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta pamit lagi, tetapi Habib Umar
menolaknya, tetapi ia minta secara berkali-kali agar ia diberi izin. Setelah ia
agak memaksa, maka Habib Umar berkata: “Kami menahan anda untuk pulang agar
anda terhindar dari tuduhan pencuria yang akan terjadi dituduhkan penduduk
desamu kepada saudara-saudaramu dan keluargamu”. Maka apa yang dikatakan oleh
Habib Umar itu memang terjadi, sehingga Syeikh Ma’ruf terhindar dari tuduhan
pencurian. Tetapi tidak lamapun tuduhan pencurian itu ditarik oleh penduduk
desa Hajraian, karena pencuri yang sebenarnya dapat segera ditangkap.
Pada
suatu hari ketika beliau berkumpul dengan tokoh-tokoh masyarakat dari kaumnya,
maka beliau menasihati mereka untuk segera memperbaiki saluran-saluran air yang
dipergunakan untuk mengairi kebun kurma mereka. Nasihat Habib Umar ini
dilaksanakan oleh kaumnya meskipun bulan itu adalah bulan suci Ramadhan.
Kebetulan setelah mereka selesai mengerjakannya, mereka pulang, maka tidak lama
kemudian datang banjir, sehingga airnya melimpah ruah di tempat-tempat
penampungan air yang telah mereka perbaiki.
Disebutkan
pula bahawa pada suatu hari musim panas dan di mana paceklik yang luar biasa,
tiba-tiba ada seorang lelaki yang sudah lanjut usia minta izin untuk ke Yaman.
Ia telah menyimpan bekal makanan di rumahnya, tidak seorang pun yang tahu apa
yang ia telah lakukan. Kata Habib Umar: “Mengapa engkau sore ini akan melakukan
perjalanan ke tempat yang amat jauh dan perjalanannya pun amat berbahaya,
padahal engkau masih menyimpan sejumlah bahan makanan di tempat yang amat
rahasia sehingga tidak seorangpun yang mengetahuinya selain Allah”.
Setelah
mendengar nasihat dan pertanyaan dari Habib Umar, maka orang tua itu
mengurungkan niatnya. Tidak lama dari kejadian itu, maka ia sakit dan wafat,
sehingga sejumlah bahan makanan yang ia sembunyikan itu jadi hidangan para
pelawat jenazah orang tua itu.
Sikap Habib Umar tehadap kaum penguasa
Sikap Habib Umar tehadap kaum penguasa
Habib
Umar dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut terhadap kaum penguasa.
Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat beliau adakalanya dirasakan
pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu menolak pemberian maupun hidangan
mereka, sampaipun kayu bakar dari mereka beliau tidak mau menggunakannya. Pada
suatu hari, ketika utusan Sultan Badar al-Katsiri memberitahu bahawa Sultan
Badar akan mengunjungi beliau di Huraidzah, maka beliau memberitahukan bahawa
beliau yang akan mendatangi Sultan di mana ia berada, karena itu beliau minta
akan Sultan tetap berada di mana ia sekarang berada. Kemudian Habib Umar segera
berangkat dan beliau menyuruh pelayannya untuk membawa kopi, kayu bakar dan
api, yang mana kopi itu untuk beliau minum di tempat Sultan, sebab beliau tidak
mau minum apapun dari milik Sultan atau milik kaum penguasa. Setelah beliau
berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau memberinya nasihat-nasihat yang
berguna mengenai dunia dan akhiratnya. Pada saat itu, Sultan Badar menyuruh
pelayannya membuat kopi yang dicampur dengan madu dan diminta untuk dihidangkan
kepada Habib Umar dan rombongannya. Setelah dimasak dalam waktu yang lama, maka
Sultan menyuruh pembantunya untuk segera menyuguhkannya ke hadapan Habib Umar.
Ketika si pembantu melihat ke dalam tempat air yang sedang dimasak, ia menjadi
terkejut sebab di tempat air itu, air dan madunya tidak ada sehingga ia segera
melapor kepada Sultan Badar. Laporan dari si pembantu itu menjadikan Sultan
Badar menyadari bahawa Habib Umar sangat tingi rasa wara’nya dan ia merasa
bahawa air kopi itu habis dikarenakan besarnya karomah beliau. Akhirnya Sultan
Badar segera minta maaf kepada Habib Umar. Kata Sultan Badar: “Mengapa anda
sampai kami ajak minum secangkir kopi dari kami saja anda tidak mau?” Jawab Habib
Umar: “Memang, kalau kami tidak menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat
berbuat seperti itu”. Biasanya jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar,
maka beliau memberi pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu
dirasa tidak menyenangkan hatinya.
Disebutkan
ketika ada seorang penguasa di Hadramaut berkata kepada Habib Umar: “Kami
selalu mengingatimu dan mengharap doamu wahai Habib Umar”. Jawab Habib Umar:
“Kami tidak takut kalian akan terkena gangguan dari warga barat dan timur,
kecuali jika ada seorang yang teraniaya hak-haknya yang berdoa, sebab doa orang
yang teraniaya akan segera dikabulkan oleh Allah. Di saat itu doaku tak dapat
berguna bagi kalian”. Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang tidak
mau menerima pemberian apapun bentuknya dari kaum penguasa. Meskipun demikian
setiap hadiah yang diberikan kepada Habib Umar maka beliau menerimanya dengan
penuh karomah selanjutnya beliau memberikannya lagi kepada yang memberinya
dengan cara yang penuh hormat sehingga yang memberi tidak merasa tersinggung
atau disedekahkan kepada fakir miskin. Habib Umar sangat
memperhatikan kepada para pengikutnya yang mencintainya. Keterkaitan perasaan
Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya yang mencintainya amat besar. Tentang
masalah ini banyak dikenal orang. Di antaranya adalah sebagaimana yang
dikisahkan oleh Syeikh Muhammad ibnu Ahmad Bamasymus berikut ini: “Waktu aku
masih kecil, aku sempat menempuh perjalanan di padang pasir yang amat luas dan
tandus bersama sekelompok rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang
tidak ada airnya, maka kami merasa sangat haus, sehingga rombongan kami
melarikan diri dan aku ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir yang
tandus tidak dapat menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku mendapatkan sebuah
mata air sehingga aku minum airnya dengan sepuas-puasnya. Aku kira mata air itu
adalah mata air lama yang biasa diambil airnya, kemudian aku melanjutkan
perjalananku dan aku mendapatkan orang-orang yang meninggalkan aku tadi sedang
berebut minum air di suatu mata air. Kemudian mereka merebahkan diri karena
lelah dan haus. Ketika mereka melihat aku datang maka mereka menyilahkan aku
minum di mata air itu, tetapi aku katakan bahawa aku telah minum di suatu mata
air yang tadi kalian telah melewatinya. Mereka merasa heran akan perkataanku
karena mereka merasa bahawa tidak mendapati mata air selain dari tempat mereka
berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku bertemu dengan Habib Umar,
maka beliau bertanya kepadaku: “Wahai Muhammad, ingatkah engkau ketika engkau
berada di suatu tempat yang tandus dan engkau hampir mati dari kehausan, maka
engkau segera mendapati mata air dan engkau meminum sepuas-puasnya?” Ucapan
Habib Umar itu mengingatkan aku bahwa hal itu suatu karomah dari beliau”. Disebutkan
Syeikh Muhammad Bamasymus juga bahawa pada suatu hari ketika kami dan Syeikh
Ali Baras dan rombongannya berkunjung ke desa Habib Umar di Huraidzah, maka
beliau menyuruh kami untuk meneruskan perjalanan ke bagian bawah Hadramaut.
Ketika kami tiba di kota Tarim, aku menderita sakit hingga tidak dapat
mengikuti rombongan Syeikh Ali Baras. Lalu ia menyuruh , maka sewaktu aku
sampai di desa Dhibiy, bertambah keras sakitku sampai aku pengsan. Di malam
hari ketika aku dalam keadaan sakit-sakitan, aku mendengar Habib Umar sedang
berdehem di rumahnya di Huraidzah sedangkan aku sekarang di Wadi Dhibi. Maka di
saat itu hilanglah pengikutku dan kesihatanku telah pulih kembali. Hal itu
tidak lain dikarenakan kekeramatan beliau.
Dikisahkan
oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi bahawa ayahnya yang bernama Abdul Qawi bin
Muhammad Baqais, bahawa pada suatu hari Syeikh Abdul Qawi berjalan di suatu
pergunungan bersama seorang kawannya. Ketika keduanya akan naik ke atas, maka
keduanya mencari jalan yang dilewati agar dapat sampai ke atas. Singkat
katanya, keduanya mendapati satu jalan sempit ke arah atas. Jalan itu hanya
dapat dilewati seorang saja. Ketika kawannya naik lebih dahulu, tiba-tiba satu
batu besar jatuh ke bawah. Kebetulan pada waktu itu Syeikh Abdul Qawi sedang
naik ke atas sehingga batu besar yang melewati jalan yang sempit itu sehingga
Syeikh Abdul Qawi merasa terancam dan ia terkejut. Untung pada saat itu ia
ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak memanggil nama Habib Umar
al-Attas. Dengan izin Allah, maka batu itu sudah berada di belakangnya sampai
ia terhindar. Tentunya kejadian itu adalah sebagai bukti adanya pertolongan
Allah dan adanya kekeramatan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan
bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar dan kawan-kawannya pergi ke Yaman. Mereka naik
kuda. Syeikh Salmin dikenal sebagai penunggang yang mahir. Ketika rombongan
melewati suatu pantai, tiba-tiba kuda yang ditunggangi Syeikh Salmin berjalan
di tepi laut. Kebetulan di saat itu ada gelombang yang menerjang kuda Syeikh
Salmin, hingga kudanya Syeikh Salmin terseret ke tengah laut sampai
kawan-kawannya sangat menyesalkan keadaan kawannya yang terseret ke tengah
lautan itu. Mereka tidak dapat memberikan bantuan sedikitpun pada Syeikh
Salmin. Kebetulan Syeikh Salmin yang sedang menghadapi maut itu ingat kepada
Habib Umar sehingga ia berteriak menyebut nama Habib Umar dan ia bernazar jika
ia diselamatkan Allah dari bahaya maut itu, maka ia akan memberikan harga kuda
itu kepada Habib Umar. Dengan rahmat Allah, maka ia seolah-olah diselamatkan
oleh seseorang yang sedang naik seekor kuda. Setelah ia selamat, maka ia
menaiki kudanya yang tadi ikut terseret ke tengah lautan itu. Tidak lamapun ia
dapat mengejar kawan-kawannya hingga mereka tercengan dan merasa gembira. Maka
ia menceritakan apa saja yang ia dapati dan iapun memenuhi nazarnya bagi Habib
Umar. Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin al-Huraidhi yang pernah
diajarkan oleh Habib Umar al-Attas untuk menghafalkan Al-Quran meskipun usia
sudah lanjut, dengan keyakinannya, maka ia melakukan anjuran Habib Umar dan
akhirnya ia dapat menghafal Al-Quran di luar kepala. Pada suatu hari, Muhammmad
ibnu Hushin al-Huraidhi ini bergadang bersama teman-temannya. Kebetulan pada
waktu itu sedang musim belalang yang merosak tanaman. Mereka sepakat untuk
membakar belalang mulai dari sarangnya yang ada di suatu gua di tempat yang
bernama Gorgodah sebelah utara desa Huraidzah. Pada malam itu, mereka keluar
dengan membawa api dan pelepah-pelepah pohon kurma menuju gua yang dimaksud.
Sesampainya di dalam gua dari obor seorang di antara mereka menimbulkan api
membara di tempat sekitarnya. Nampaknya api itu dianggap remeh oleh mereka,
karena itu mereka tidak memperdulikannya. Setelah api makin membesar maka
mereka tidak mendapat jalan keluar dari gua itu sehingga mereka yakin bahawa
mereka akan binasa. Maka di saat itu mereka teringat terhadap Habib Umar,
kemudian mereka memohon ampun kepada Allah dengan bertawasul kepada Habib Umar.
Maka dengan balas kasih Allah salah satu dari celah gua itu terbuka sehingga
terbentang jalan keluar bagi mereka dari gua itu. Itula salah satu dari
kesekian cerita dari kekeramatan Habib Umar. Kata Habib Ali ibnu Hasan
al-Attas: ” Kisah yang dialami Muhammad ibnu Hushin dan kawan-kawannya di dalam
gua itu sangat mirip dengan kisah 3 lelaki Bani Israel yang terjebak dalam gua
seperti yang disebutkan di dalam Hadith Bukhari”. Bahkan keadaan ini lebih
menakutkan. Kasih sayang Habib Umar terhadap binatang.
Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari kejadian-kejadian berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya, maka ia minta diambilkan sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya demi untuk keledainya yang baru beliau tunggangi.
Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau suruh Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib Umar tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan memukuli ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar. Ketika ia hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar menolak berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: “Aku tidak mau berjabat tangan denganmu karena tanganku sakit”. Maka orang tadi bertanya: “Karena apa?” Jawab beliau: “Dari sakitnya pukulan tersebut ketika engkau memukuli binatang-binatang ternakmu tadi”. Ketika orang itu minta maaf kepada Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras agar ia tidak mengulangi perbuatannya itu. Gangguan-gangguan yang menimpa Habib Umar al-Attas. Seorang yang mempunyai tugas sebagai Da’i sekaligus penegak kebenaran, maka gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang yang berkata kepada beliau: “Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar, sebab seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci anda”. Maka beliau berkata: “Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak orang-orang yang membenci Habib Umar”. Hal ini menunjukkan akan banyaknya orang-orang yang memusuhi beliau. Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja dari orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu dari isteri beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan malam bagi tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar memintanya dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya. Akhirnya Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar isterinya memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri tetangga itu berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar. Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih hidup, tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu melihat kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui besarnya kekeramatan beliau.
Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari kejadian-kejadian berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya, maka ia minta diambilkan sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya demi untuk keledainya yang baru beliau tunggangi.
Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau suruh Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib Umar tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan memukuli ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar. Ketika ia hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar menolak berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: “Aku tidak mau berjabat tangan denganmu karena tanganku sakit”. Maka orang tadi bertanya: “Karena apa?” Jawab beliau: “Dari sakitnya pukulan tersebut ketika engkau memukuli binatang-binatang ternakmu tadi”. Ketika orang itu minta maaf kepada Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras agar ia tidak mengulangi perbuatannya itu. Gangguan-gangguan yang menimpa Habib Umar al-Attas. Seorang yang mempunyai tugas sebagai Da’i sekaligus penegak kebenaran, maka gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang yang berkata kepada beliau: “Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar, sebab seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci anda”. Maka beliau berkata: “Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak orang-orang yang membenci Habib Umar”. Hal ini menunjukkan akan banyaknya orang-orang yang memusuhi beliau. Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja dari orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu dari isteri beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan malam bagi tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar memintanya dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya. Akhirnya Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar isterinya memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri tetangga itu berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar. Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih hidup, tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu melihat kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui besarnya kekeramatan beliau.
Isteri-isteri Habib
Umar al-Attas
Menurut
berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar pernah menikah dengan
tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang sempat memberi anak bagi beliau,
sedangkan yang lima orang tidak sempat memberi anak bagi beliau. Adapun
isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah: -
Sultonah binti Umar bin Reba’ sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu Salim
dan Musyayakh. Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak: Seorang
wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau mengahwini wanita ini
sebab wanita ini mengalami terlambat kawin. Seorang wanita dari desa Huraidzah,
ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya tepat diawal beliau di desa
Huraidzah.Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir
dari Andal.Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.Ketika Habib
Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh Said bin Isa al-Amudi
maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar bin Muhammad Bafaqih. Lamaran
beliau diterima oleh Habib Abu Bakar. Dengan ini, maka terjadilah hubungan yang
sangat erat antara dua tokoh ini, hanya saja tidak sampai jadi perkahwinan. Anak-anak Habib Umar Jumlah anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9
anak-anak lelaki, 5 anak-anak perempuan. Adapun anak-anak lelaki beliau adalah:
Salim, Musyayakh, Hussein, Abdurrahman, Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh
dan Abdullah. Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah,
Fatimah, Asma’ dan Salma.
Selain
itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan yang wafat di
waktu kecil. Di antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu
adalah: Salim, Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan anak-anak
beliau yang lain tidak mempunyai anak. Isyarat tentang
dekatnya ajal beliau Disebutkan bahawa Habib Umar al-Attas pernah
memberitahukan dekatnya ajalnya, adakalanya pemberitahuan itu berupa
isyarat-isyarat yang dapat dimengeti, tetapi ada pula yang terang-terangan.
Disebutkan bahwa ketika beliau ditanya oleh seorang pada umur berapa beliau
akan wafat, maka beliau mengisyaratkan pada usia 80 tahun. Kenyataannya memang
demikian. Berita tersebut pernah disampaikan oleh Habib Abdullah, putra beliau.
Disebutkan pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh Ba’alawi sepert habib
Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi
di desa Sad’beh. beliau sempat memberi pesan-pesan terakhir bagi mereka dan
beliau mengatakan: “Mungkin saat ini adalah pertemuan terakhir dengan kalian di
dunia, aku akan menemui kalian kelak”. Kemudian beliau meninggalkan desa
Sad’beh menuju desa Nafhun. Tidak lama setelah beliau tiba di desa Nafhun,
beliau wafat. Di akhir hayat beliau, ketika beliau solat Jum’at di masjid desa
Nafhun, maka beliau duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di atas.
Beliau memberi nasihat-nasihat yang baik bagi pengikut-pengikutnya, kemudian
beliau bertanya kepada mereka: “Bukankah aku telah menyampaikan pesan-pesan
Allah ini?” Jawab pengikut-pengikut beliau: “Ya”. Kemudian beliau berkata: “Ya
Allah, saksikanlah ucapan mereka, sesungguhnya Engkau sebaik-baik yang
menyaksikan”. Setelah mendengar ucapan beliau yang terakhir itu, salah seorang
pengikut beliau ada yang berkata kepada putra beliau, Habib Hussein: “Ucapan ayahmu
yang terakhir ini mengisyaratkan bahawa beliau akan meninggalkan kita, lalu
memberikan bela sungkawa terhadap Habib Hussein”.
Awal
sakit beliau Disebutkan oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika
beliau berkunjung ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke Huraidah
tetapi Habib Umar berada di Sahrun. Habib Isa tidak diperkenankan masuk ke
tempat Habib Umar dan beliau menyuruh untuk menunggu. Demikian pula ketika
al-Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi tiba di tempat itu dan ingin berkunjung
Habib Umar, maka beliau pun ditolak menemui Habib Umar, sebelum diizinkan oleh
beliau. Pada hari itu juga al-Habib Abdullah al-Haddad tiba bersama-sama
murid-muridnya di tempat itu dan beliau disuruh menunggu di tempat itu.
Tidak
lama kemudian Habib Umar menemui ketiga tokoh Ba’alawi itu bersama rombongannya
secara singkat. Dalam pertemuan itu, beliau berdo’a dan beliau memberi libas
kepadanya mengajak membaca surat al-Fatihah. Kemudian beliau berkata: “Hari ini
adalah hari pertemuan terakhir di dunia ini, semoga kita dapat bertemu lagi di
sisi Allah”. Kemudian Habib Umar menyuruh kepada Habib Abdullah al-Haddad untuk
pergi ke Haynan dan Habib Ahmad bin Hasyim untuk pergi ke Hajrain dan beliau
juga memberikan libas kepadanya. Sedangkan Habib Isa bin Muhammad diajak ke
desa Huraidzah bersama beliau. Setelah keduanya tiba di desa Andal maka
keduanya menghadiri majlis pembacaan Maulud Nabi S.A.W. Selanjutnya pada
keesokan harinya sewaktu sampai di desa Hunfur, Habib Isa diperintahkan ke
desanya dan selanjutnya diminta pada malam Khamis untuk pergi ke desa Nafhun.
Kata Habib Isa: “Aku tiba di desa Nafhun pada malam Khamis dan aku dapatkan
putra-putra Habib Umar dan kawan-kawan serta murid-muridnya yang datang dari
pelbagai tempat sedang berkumpul dengan beliau”.
Di waktu
menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang mengucapkan bait
puisi:
”Wajah
kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku
kepada-Nya,cukuplah dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya”.
Kedua bait puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus
al-Adni. Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: “Ketika saat menjelang
kewafatannya, ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih Umar Bamahramah:
”Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada Allah dan berkeyakinan yang
baik terhadap orang-orang yang menghiasi masjid dengan yang selalu menghadiri
solat berjamaah, tentunya tak seorangpun di antara kami yang mengharapkan
kesenangan pada sisia umur, sebab beristirehat di perkuburan adalah lebih baik
dan lebih bermanfaat dari hidup di dunia, berada di antara orang-orang yang
suka berbuat fitnah dan suka menghasut”.
Dikatakan
pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya, Habib Umar
sempat mengulang firman Allah: ”Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang telah
menzalimi dirinya, janganlah kalia berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya
Allah berkenan memberi ampun seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi
Ampun dan Maha Penyayang”.
Dikatakan
pula bahawa Habib Umar sering membaca surat al-Fatihah kemudian beliau mengusap
tangannya ke wajahnya. aku pernah bertanya kepada beliau: “Mengapa aku sering
melihatmu membaca al-Fatihah kemudian engkau mengusapkan tanganmu ke wajahmu?”
Jawab Habib Umar: “Kira-kira mengapa aku melakukan hal itu?” Kata Habib
Hussein: “Aku tidak tahu”. Kata Habib Umar: “Apa yang dikatakan orang banyak?”
Jawab Habib Hussein: “Mereka sering mengeluh tentang kesulitan mereka”. Kata
Habib Umar: “Sesungguhnya aku memperbanyak membaca al-Fatihah dengan harapan
semoga mereka dijauhkan dari segala bencana dan diberi kebahagian sebab mereka
peru diperhatikan”. Kata al-Habib Hussein bin Umar: “Selama dalam sakitnya,
ayahku sering tidak sedarkan diri. Jika beliau sadar, maka beliau sering
menanyakan keadaan para sesepuh ulama yang ada beliau. Ketika beliau ditanya
tentang dimanakah beliau harus dikuburkan, maka beliau berkata: “Mohonlah
petunjuk kepada Allah, nanti Allah memberi petunjuk kepadamu”. Nyatanya setelah
beliau wafat, maka banyak pertolongan-pertolongan yang datangnya dari berbagai
tempat. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau berwasiat
kepada kami: “Perhatikanlah keadaan agama kalian, hendaknya kalian saling
tolong-menolong dan bersabar, sebab besabar akan memberi hasil yang memuaskan”.
Di saat itu pula beliau berdo’a memohonkan pertolongan bagi orang-orang Islam
agar diberi kesabaran bila mereka berpisah dengan beliau”. Di saat yang
sekrisis itu, beliau bertanya tentang muridnya Syeikh Abbas bin Abdillah
Bahafash, apakah ia sudah datang dari desa Huraidzah, sebab beliau minta
dimandikan oleh Syeikh Abbas. Untungnya Syeikh Abbas tiba di malam harinya
sebelum beliau wafat, sehingga beliau bergembira atas kedatangannya. Ketika
sedang menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh orang-orang yang ada
di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan suara keras, sehingga terdengar
seperti gaungnya Tawon. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan
berzikir dan diiringi dengan suara zikir dari orang-orang yang ada di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau minta diwudhui.
Maka Syeikh Abbas bin Bahafash mewudhui beliau. Ketika Syeikh Abbas lupa
menyela-nyela janggut beliau, maka beliau mengingatkannya dengan gerakan tangan
sebab pada waktu itu beliau sudah tak dapat berkata-kata, tentunya hal itu ada
sebagai petanda bahawa beliau selalu mengikuti jejak sunnah Rasulullah S.A.W.
Sekalipun di saat yang sangat krisis. Di saat itu, salah seorang murid beliau
yang menyebut-nyebut kalimah Laa Ilaaha Illallah di sebelah telinga beliau
sebagaimana yang disunnahkan Rasulullah S.A.W. meskipun orang itu telah
diberitahu bahawa perbuatan semacam itu tidak perlu dilakukan terhadap Habib
Umar yang telah menjadikan kalimat zikir telah menyatu dengan darah dan dagingnya.
Habib
Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah malam , iaitu malam Khamis
tanggal 23 Rabi’ul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar membuat murid-murid dan
pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik kecil maupun besar. Beliau
wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau dimakamkan di desa Huraidzah pada
hari Khamis sore. Para pelawat jenazah beliau mengadakan pembacaan al-Quran dan
mengkhatamkannya berkali-kali dan hal itu berlangsung lapan hari di sisi kubur
beliau. Hal itu menunjukkan betapa besarnya karomah beliau. Tepat pada
dikuburkannya Habib Umar, suasana di desa itu diliputi mendung dan hujan.
Kepergian Habib Umar banya membangkitkan keinginan para penyair untuk
menuangkan duka-cita mereka dalam bait-bait puisi yang indah. Di antara puisi
al-Faqih Umar bin Qadim.
Beberapa
mimpi tentang keadaan Habib Umar setelah beliau wafat Tepat di malam wafatnya
Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh dari keluarga Ba’alawi di Tarim
bermimpi seolah-olah bulan dan matahari terjatuh di tanah keluarga Ba’alawi,
nyatanya ia mendengar khabar tentang wafatnya Habib Umar. Disebutkan oleh
Syeikh Abdullah bin Syeikh Ali bin Abdullah Baras, katanya ketika Syeikh Ali
telah wafat, maka Syeikh Muhammad bin Ahmad Bamasymus mimpi bertemu dengan Syeikh
Ali Baras dan ia bertanya kepadanya: “Di manakah engkau bertemu dengan Habib
Umar?” Jawab Syeikh Ali Baras: “Aku sempat berjabatan tangan dengan Habib Umar
di dekat Arasy Tuhan”. Disebutkan oleh seorang keluarga Bawazir, bahwa ia
bermimpi di suatu malam seolah-olah hari kiamat telah tiba. Pada saat itu
seolah-olah manusia sedang berkumpul di padang Mahsyar, jumlah mereka amat
banyak. Ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba
ada api di bawah Hadraumaut, sedangkan Malaikat menggiring manusia dengan besi
yang amat panjang. Ketika orang-orang itu melihat api dan rantai yang panjang,
maka mereka berlarian ke sebuah tempat di Wadi Amed, maka aku lihat ada cahaya
turun dari langit seperti awan putih yang mengumpal. Ketika aku tanyakan: “Apa
kejadian ini?” Maka dikatakan: “Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha Mulia yang
hendak menghakimi manusia di padang Mahsyar. Di saat itu aku lihat Habib Umar
berdiri di bawah pancaran cahaya itu, sedangkan Malaikat Ridwan berada di
sebelah kanan beliau. Demikian pula Malaikat Malik hadir dengan wajah yang
seram. Kemudian aku lihat Habib Umar memohon syafaat kepada Allah bagi umat
Muhammad S.A.W: “Wahai Tuhan kami, mereka adalah umat Muhammad S.A.W, mereka
datang kepada Engkau dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan
menyaksikan bahawa Muhammad utusan Allah, mereka mendirikan solat, membayar
zakat, berpuasa Ramadhan, beribadah Haji, bersedekah, menyambung tali
kekerabatan, menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menjauhi
perbuatan-perbuatan maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika Engkau seksa mereka,
maka mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau mengampuni mereka, maka
Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana.
Ucapan
Habib Umar itu dibantah oleh Malaikat Malik: “Wahai Tuhan kami, mereka tidak
seperti yang dikatakan oleh Habib Umar. Mereka meninggalkan solat, tidak mau
bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, dan mereka selalu melanggar
larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi permohonannya sekali lagi dan
Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya pula, sampai akhirnya Allah
berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, Aku terima permohonan Habib Umar dan Aku
berkenan mengampuni mereka”. Allah berfirman: “Wahai Malaikat Ridwan, bukalah
pintu Syurga dan ajaklah mereka masuk ke dalamnya”. Maka Malaikat Ridwan
bangkit dan bergembira dan melaksanakan perintah Allah kepadanya. Sedangkan
Malaikat Malik terlihat amat geram. kata orang yang bermimpi itu: “Pada saat
itu, seolah-olah aku berdiri bersama mereka dengan memegangi baju Habib Umar
dan aku merasa amat takut sehingga aku berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib
Umar, bicaralah kepada Malaikat Ridwan agar aku dimasukkan Syurga bersamanya”. Kata
Habib Umar: “Pergilah engkau bersama mereka ke dalam Syurga kerana permohonanku
telah diterima oleh Allah bagi uma ini”. Kataku: “Bicarakanlah dengan Malaikat
Ridwan untuk membawa ke dalam Syurga, sebab aku takut dengan dosa-dosaku yang
amat banyak”. Kata Habib Umar: “Wahai Malaikat Ridwan, bawalah orang ini ke
dalam Syurga”. Jawab Malaikat Ridwan: “Biarkan ia pergi bersama”. Ketika
Malaikat Ridwan memegangi tanganku dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku
terbangun karena terasa amat senang”.
Kata-kata
mutiara dari Habib Umar al-Attas
- Habib Umar pernah berkata: “Perhatikan kebiasaan baik yang engkau inginkan, wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam kebiasaan seperti itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak engkau inginkan wafat dalam kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah kebiasaan itu”.
- Habib Umar berkata: “Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik, maka yakinlah engka orang itu teguh agamanya”
- Habib Umar berkata: “Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang sedikitpun dari generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka datang dengan membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu kecuali sedikit.”
- Habib Umar berkata: “Sebagian orang yang datang dengan membawa benjana yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang mencukupinya hanya 8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada juga yang dapat mencukupinya sepanjang hidupnya”.
- Ketika beliau mendengar sabda Nabi S.A.W: ”Seseorang adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara ia dengan Syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi, ia ditetapkan sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan perbuatan-perbuatan amal penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam Neraka. Seseorang adakalanya beramal kejahatan-kejahatan sampai antara ia dengan Neraka hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi, ia ditetapkan sebagai calon penghuni Syurga, sampai ia masuk ke dalam Syurga”. Komentar Habib Umar: “Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal ahli Syurga, kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan lahiriyah adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke dalam neraka, maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari tempat yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak akan berbahaya. Demikian pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk neraka, kebanyakannya ia akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia masuk ke dalam Syurga, maka hal itu jarang terjadi sekali. Hal itu seperti seorang yang jatuh dari puncak gunung, kebanyakannya akan mati”.
- Habib Umar berkata: “Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi ia suka makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil air dengan tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala sedikitpun”.
- Habib Umar berkata: “Dulu di antara manusia, ada yang datang membawa pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan persiapan yang lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini, banyak di antara yang datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa apapun gurunya dapat menyalakan”.
- Habib Umar berkata: “Bersabar itu akibatnya adalah positif. Allah akan selalu memberi akibat positif bagi seorang yang bersabar. Alhamdulillah apa yang dikehendaki Allah pasti akan ditentukan, dan apa yang akan dilaksanakan Allah, maka akan terlaksana”.
- Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani: “Apakah kaum petani akan tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari ada pembagian air untuk sawah-sawah mereka yang dapat mengairi sawah-sawah mereka?” Jawab mereka: “Tidak seorangpun akan tidur di antara kami.” Kata Habib Umar: “Hendaknya orang-orang yang menghendaki keselamatan di akhirat meninggalkan tidurnya, demi untuk mendapatkan siraman rahmat di tengah malam hari”.
- Ketika dibacakan bait puisi Syeikh Abdul Hadi Assudi: ”Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari”. Habib Umar memberi komentarnya: “Siapa mencintai Huraidzah, maka ia tidak tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia harus mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang sebagai tanda cinta kepadanya”.
- Habib Umar berkata: “Hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati kalian kepada Allah dan hendaknya kalian bertawakal kepada-Nya sepenuh hati, sebab Allah mengetahui di manapun kalian berada.”
- Habib Umar berkata: “Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun yang tak pernah ia perkirakan”.
- Habib Umar berkata: “Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang halal lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat”.
- Habib Umar berkata: “Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan penghuninya dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan yang dimiliki oleh penghuninya”.
- Pada suatu hari, ketika banyak orang yang mengucapkan kata belasungkawa kepada Habib Umar atas wafatnya putranya beliau yang masih kecil, maka beliau berkata dengan ungkapan yang dipenuhi rasa heran: “Alangkah entengnya musibah dalam agama menurut kalian, padahal kalian tidak pernah menyatakan belasungkawa andaikata aku terlambat solat berjamaah artinya terlambat solat berjamaah lebih pantas untuk disesali atas kewafatan seseorang anak kecil”. Ketika beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan kekeramatan seseorang wali, maka beliau berkata: “Sesungguhnya semua itu hanyalah kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba”. Ketika disebutkan kepada beliau: “Mengapa dialek bahasamu tidak berubah, padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut?” Jawab Habib Umar: “Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang yang kurang akalnya”.
- Habib Umar berkata: “Desa Huraidhah adalah wilayah kehormatan kami, adapun wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani ada di masa sebelum kami, barangsiapa yang melakukan perbuatan yang lahiriyahnya maka akan kami lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula, demikian pula barangsiapa yang melakukan perbuatan batiniyah, maka kamipun akan melakukan hal serupa baginya”. Ketika ada seorang berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar, kelak kami ingin dikubur bersebelahan dan berdekatan denganmu”. kata Habib Umar: “Kami harap akan memberi syafaat bagi seluruh penduduk Huraidhah atau penduduk dunia”. Ketika ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si fulan, maka Habib Umar berkata: “Yang dikatakan orang baik adalah seorang yang telah melewati pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya”.
- Habib Umar berkata: “Aku beserta putra-putraku di mana saja mereka berada”. Ditanyakan kepada beliau: “Wahai Habib Umar, bagaimana mungkin engkau dan putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari kota-kota yang besar dan yang terkenal dengan wali-wali seperti kota-kota Tarim?” Jawab Habib Umar: “Harumnya suatu tempat tergantung keharuman penduduknya, demikian pula kami akan mengharumi negeri kami sendiri”.
- Habib Umar berkata: “Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya akan menambah kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah dunia maupun akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah sumur, makin banyak diambil airnya maka sumur itu makin banyak memancarkan air, sebaliknya jika sumur itu tidak diambil airnya, maka tidak akan bertambah airnya sedikitpun, mungkin airnya akan menjadi busuk, karena air di dalamnya tidak pernah bergerak”.
- Ketika ada seorang dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar bahawa ia tidak bisa mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia tidak mau menolak permintaan orang yang minta bantuan daripadanya meskipun telah tiba waktu solat, maka Habib Umar berkata: “Wahai saudaraku, bila waktu solat telah tiba, tinggalkan semua kegiatanmu sebab Allah lebih pantas untuk diperhatikan daripada yang lain”.
- Beliau menganjurkan setiap orang yang telah mengkhatamkan bacaan al-Quran yang ditujukan bagi arwah-arwah orang-orang yang telah wafat, hendaknya ia membaca Tahlil iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah seberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan Subhaanallahi Wabihamdi beberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan membaca Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali dengan memanjangkan bacaannya, kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat sebanyak 3 kali iaitu Allahumma Solli ‘Alaa Habibika Sayyidina Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi Wasallim, kemudian hendaknya ia mengucapkan Ya Rasulullah ‘Alaika Salam Ya Rasulullah Salamun Fi Salamin ‘Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu hendaknya membaca al-Fatihah sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali, surat al-Falaq sebanyak 1 kali, surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat Kursi 1 kali, akhir surat al-Baqarah 1 kali dan surat al-Qadar 1 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada arwah yang dituju”. Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan Alhamdulillah sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.
- Habib Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan Solawat, sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong kesulitan di masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad
berkata: “Jika engkau mengucapkan sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat
ini, berarti engkau telah menjalankan apa yang pernah diajarkan oleh Habib Umar
al-Attas: Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata beliau: “Aku lihat
orang-orang yang berada di majlis ini Wali semuanya”. Kata Habib Umar: “Apa
yang engkau katakan itu memang benar”. Ketika orang itu keluar dari Majlis
Habib Umar, maka beliau ditanya oleh seorang yang hadir dari Majlis itu tentang
maksud ucapan beliau kepada orang tersebut. Maka Habib Umar berkata:
“Sesungguhnya orang itu telah diangkat menjadi Wali Allah, sehingga melihat
orang lain menurut cerminnya, sebab seorang mukmin menjadi cermin mukmin hainya”.
Kesaksian
orang-orang mulia tentang kebesaran al-Habib Umar al-Attas
Disebutkan
ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang ke tempat Habib Husin
bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar berada di jajaran paling
belakang di antara mereka dan pakaian beliau pun agak lusuh dan buta kedua
matanya. Ketika Habib Husin melihat pada diri Habib Umar, maka beliau berkata
kawan-kawan Habib Umar: “Mengapa kalian lebih menonjolkan hal-hal yang nampak
saja sampai kalian tidak mau memuliakan orang ini pada tempat yang semestinya.
Andaikata kamu tahu kedudukan Habib Umar yang sebenarnya, pasti kalian akan
tunduk kepadanya dan pasti kalian akan lebih memuliakan kepada beliau”.
Ketika
Habib Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Syeikh Abdurrahman
as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota Makkah menerima salam dari
Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali Ba’ubad, maka ia menundukkan kepalanya
sejenak, kemudian ia berkata: “Hendaknya setiap orang yang berkepala rela menundukkan
kepalanya demi menghormati Habib Umar al-Attas dan demi menghormati kebesaran
Allah, sesungguhnya aku mendengar suara gemerincing dari langit, demi untuk
menghormati Habib Umar. Beliau juga mengatakan kini tidak seorangpun di kolong
langit yang lebih mulia dari Habib Umar al-Attas.
Habib
Abdullah bin Alawi al-Haddad pernah menyatakan di sebuah suratnya yang
ditunjukkan pada seorang muridnya bahawa di zaman itu tidak seorang walipun
yang setara dengan Habib Umar al-Attas. Disebutkan oleh salah seorang murid
Habib Abdullah al-Haddad, bahawa ketika aku berada di majlis Habib Abdullah
al-Haddad, maka tergerak hatiku untuk menanyakan kepada beliau tentang sifat
Habib Umar al-Attas. Maka secara spontan Habib Abdullah al-Haddad berkata:
“Seorang yang mengenali Habib Umar al-Attas, maka ia akan dapati sifat Habib
Umar al-Attas mirip dengan Sayyidina Abdurrahman as-Seggaf”.
Kata
al-Habib Abdullah al-Haddad: “Habib Umar al-Attas adalah ibarat hati dan
kebenaran yang dimiliki oleh seseorang dan orang itu tidak memiliki nafsu
apapun.”
Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar al-Attas meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi?” Jawab Habib Abdullah: “Yang ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti aku, Syeikh Ali Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus”.
Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar al-Attas meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi?” Jawab Habib Abdullah: “Yang ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti aku, Syeikh Ali Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus”.
Ketika
orang menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan Habib Abdullah
al-Haddad, maka beliau berkata: “Itu orang (al-Habib Umar) yang pepohonnya
ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut, sehingga tangkai-tangkainya
seperti itu juga”. Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan
berbagai sifat yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut: Habib
Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah, zuhud dan
menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.Beliau sentiasa menghormati para
Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-wanita janda dan anak-anak yatim. Habib
Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik, sehingga mereka amat
meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.
Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh
kasih sayang. Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Al-Habib Husin bin
Syeikh Abu Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau”. Habib Ali al-Attas berkata: “Habib Umar al-Attas sangat bangga
dikarenakan Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau”. Habib Muhammad
bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan murid-muridnya untuk pergi ke kota
Huraidzah bila mereka memohon ijazah ilmu dari beliau sebab ketika itu Habib
Umar al-Attas masih hidup. Menurut beliau Habib Umar adalah tokoh semua
keluarga Ba’alawi.
Murid-murid yang
pernah belajar dari Habib Umar al-Attas
Di antara murid-murid yang
pernah belajar dari Habib Umar adalah:
Putra-putra beliau, di
antaranya adalah Habib Husein, Habib Salim, Habib Abdurahman,
saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad, Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi, Habib Abdullah bin Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij, Sayyid Ali bin Umar bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar, Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar Alamudi yang dikenal dengan julukan Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin Ahmad Ba’afif Alamudi, Syeikh Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin Syeikh Ahmad bin Sahal Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis, Syeikh Muhammad bin Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin Syeikh Umar Syarahil, Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad, Habib Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba’alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin Muhammad Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin Sholeh, Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul Ma’bud Wazir, Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin Haulan, Syeikh Ali bin Qosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar yang pernah bertemu dengan Khidir tetapi tidak meminta do’a karena merasa cukup dengan do’a gurunya iaitu Habib Umar.
saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad, Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi, Habib Abdullah bin Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij, Sayyid Ali bin Umar bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar, Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar Alamudi yang dikenal dengan julukan Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin Ahmad Ba’afif Alamudi, Syeikh Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin Syeikh Ahmad bin Sahal Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis, Syeikh Muhammad bin Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin Syeikh Umar Syarahil, Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad, Habib Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba’alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin Muhammad Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin Sholeh, Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul Ma’bud Wazir, Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin Haulan, Syeikh Ali bin Qosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar yang pernah bertemu dengan Khidir tetapi tidak meminta do’a karena merasa cukup dengan do’a gurunya iaitu Habib Umar.
Habib
Umar bin Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali bin Hasan al-Attas:
“Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut pernah berhubungan dengan
kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas. Di antara mereka ada yang
berhubungan dengan beliau dari satu jalur, ada yang berhubungan dengan beliau
dari dua jalur, bahkan ada yang berhubungan dengan beliau dari tiga jalur”.
Dipetik dari:
- Biografi al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas, oleh Thohir bin Abdullah al-Kaf, terbitan Daar al-Muhajir
- Ringkasan Sejarah al-Habib Umar ibn Abdurrahman al-Attas: dalam rangka peringatan Haul yang ke-347 al-Imam al-Arif Billah al-Qutb Rabbani Tahyyibul Anfas al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas
- Kelebihan Ratib: Huraian Ratib al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas, oleh Syed Hassan bin Muhammad al-Attas, Masjid Ba’alwi Singapura, terbitan Hamid Offset Service
Tidak ada komentar:
Posting Komentar